Sunday, April 19, 2020

Cara Simple masak Rendang & Kaki Ayam lembut



assalamualaikum

sehari dapat wfh
pastu ditambah dengan 2 hari weekend
terasa bahagia nya

ya faham juga
sudah sebulan lebih kita pkp
ramai di luar sana yang nak keluar
jalan2 ke shopping mall
ke market
ke pasar2 malam cam biasa

tak kurang juga yang nak ke pejabat
nak kerja, lunaskan keja2 yang tergendala
yang gaji hari 
yang kerja berniaga
yang kerja sendiri 
semua risau

seriously aku pun risau
meskipun keja company agak besar
tapi tu lah
dah profit kita mostly dari customer
dari investment
sekarang ni mostly aktiviti terhenti
didoakan semoga C19 cepat berlalu
nyah segera dari bumi ini
amin

ok nak cerita kisah memasak
hari wfh dan sabtu
hari ni ahad aku relax
eh jap!
nak uruskan washing machine jap

10min later.........


i'm back
tak boleh nak jemur baju
kat luar cam nak hujan
lately miri, area rumah aku especiallynya
selalu hujan lebat tetiba at noon
pastu panas balik


lastly how im now




pergi uruskan mesin basuh tadi
terus 'ter'ambik' rendang 😂🤣

a big mug of ah huat coffee
ah huat ni isi dia banyak
sebab tu harus guna big mug
and a bowl of rendang!!





aku suka rasa rendang ni
bila dipanaskan balik
usually after overnite
rasa dia sangat sedap





👇👇👇
yang ni semalam after masak
ada bezakan rupa isinya
lebih loose
yang aku dah panaskan sekejap tadi
isi dia blend dengan kuah
nyaman!!





semalam makan dengan nasi  pulut
adededeeeee
rasa cam hari raya je
nasib baik takda air karbonate
if ada, layan sambil dengar lagu raya
sure feel dia semacam je 😂😂😂




aku masak rendang simple je
stail orang malas
sebab guna je apa yang ada kat rumah
memang dah ada premix
serbuk rendang 40g sebungkus
rega pun dalam rm1.20
ni dalam 2kg daging aku guna 2 bungkus

cara-cara saya

panaskan air dalam pressure cooker (jgn tudung dulu)
masukkan serai yg dah diketuk
sebatang kayu manis
a few ketuk garlic
biar mendidih

marinate daging yang di potong bersama,
serbuk secukup rasa
serbuk rendang
masuk kicap manis
kicap masin
gula
gaulkan semua sekali

bila air dah mendidih
masuk daging
tutup tudung periuk
biar 15mins

pastu
tumiskan 
garlic, halia
ketumbar, kayu manis
bunga lawang, jintan
sikit asam jawa

masukkan daging dari pressure cooker
masuk kentang
bagi santan
biar mendidih
bila dah cukup semua rasa
tutup api
siap...


tuk part sayur lak
masak carrot + kcg buncis
tumis dengan udang dan sotong
siap!!
masak sekali, seharian makan 
jgn banyak bergerak 
ke sana ke sini musim pkp ni kan
🤣🤣🤣🤣
(hakikatnya aku malas masak banyak kali)






ni nak share juga
menu hari jumaat
semangat aku masak kaki ayam
sapa peminat kaki ayam?
kita kawan


marinate semua dengan pasti sedap
campur kentang, shitake kering, sebiji tomato
masuk dalam pressure cooker
20mins kemudian baru keluarkan

cara aku selalu sempoi je
tumis garlic, cili
dah semua naik bau
masukkan kaki ayam
yang dikeluarkan dari pressure cooker
tunggu kering sikit
dan siap!!





lemah lembut semua kaki ayam tu
masuk mulut je
boleh sedut pastu berteraburan tulang keluar
aaaahh... nice












4 comments:

  1. tak pernah makan kaki ayam until a few years ago. boleh la try utk someone i know yg suke kaki ayam.

    ReplyDelete
  2. sedap tu makan pulut dengan rendang. alamak, kita tak geng lah. tak makan kaki ayam =__='

    ReplyDelete
  3. Sedapnya rendang.. Memang ala ala raya dah nie siap ada pulut.. hehehe..

    ReplyDelete

tq, peace :)