Friday, July 3, 2020

Noir Skincare



assalamualaikum

hari ni nak cerita tentang cosmetik
sebenar jarang aku kisah sgt hal ni
tapi lately since pkp
makin galak lak jerawat kat dagu
muka pun mengelupas
T zone berminyak
and yet mengelupas sebab kering
camna tu ek?
aku mana pakar bab ni

sebab all this while
muka aku takda masalah
if kerja selalu guna basic je
day cream dgn sunblock je
lipstik pagi ada
past kul 10 hilang
taktau pergi mana
😜😜😜


salah satu sebab 
mungkin lah
sebab kerap guna mask
dan jerawat yg kat dagu tu
sebab hormon
kan umur meningkat
hormon pun makin tak tentu arah
tah lah
tu agak2 je

so aku fikir tak boleh lah terus camni
i need to do something
sapu muka dgn aloevera malam hari
dah tak berkesan
masih lagi muka kering

dalam 2 tahun kebelakangan ni
aku guna lah product ni
bee venom
4 in 1
so far skincare yang dah di pakai
ini yang terbaik!!
ketara perubahan kat muka aku
licin mulus je muka
sunblok dia paling best

tapi bila barang dah laku
mula lah yang buat keja kotor
tiruan everywhere
terutama cream dia
the latest aku pakai
texture dia kasar
bau pun tak best
worst lagi membuat muka aku berjerawat

lama juga aku try memacam jenama 
beli kat farmasi
takda yang sesuai
masa ni aku dah obsess dengan sunblock
mesti nak tengok spf dia
paling happy bila tengok yang 50% ke atas
sebab mostly sunblock dalam 30-40% spf nya


pic credit to google


then kawan jual ni pula
LJ Magic cream
4 in 1 juga
tapi pencuci dia jenis yang sabun buku tu
kulit aku memang mudah kering lah
if guna sabun2 ni semua

mula aku order 3 box
2 abis 1 beri dengan SIL
pastu aku order another 3
kulit makin tak serasi
walau berminyak kat T zone
tapi tetap mengelupas kekeringan


Pic credit to google


pastu bff introduce Noir
mula tengok dia pakai saja
sebab malas lah nak try
then cam best
try serum dan pencuci
a few day later beli lagi essense
then beli lak hyrant gel

best je rasa kat kulit
yang penting
so far dah 2 minggu guna
cam serasi dengan kulit



acne serum ni best guna
dia ada roll 
picit sikit pastu roll kat muka
sambil massage muka
guna sebelum tidur malam










cleanser dia ni warna hijau
guna sikit je dah berbuih







lepas cuci muka
essense ni letak je kat jari
pastu tepuk2 kat muka
sebenar aku cam kurang confident keberkesanan 
cara tepuk2 tu
cam tak rata je aku rasa
so aku prefer usap kat muka
dari bawah ke atas







pastu baru guna gel cream ni
sangat suka dengan hasilnya
lembut je rasa kulit








last sekali foundation dia
packaging yg sikit, 15ml saja
tapi sangat2 jimat
titik je setitik kat span
boleh cover seluruh muka
muka pun kelihata smooth je pas guna




and tadi kawan hantar lak tester
collection lipstik dia
rambang mata memilih
namun aku kan jarang guna lipstik juga
lebih suka guna lip gloss
tapi terbeli juga sebijik
sebab rasa best bila dah pakai
lekat sepanjang hari
[sebab guna lipstik,
aku tak guna mask]
🤣🤣🤣🤣





aku beli truffle dari set special edition dia
rm38 sebatang
puas hati
seharian dok muncung mulut show lipstick
hahahahaa






insyaallah semoga product ni
terus serasi dengan aku
susah lah cari skincare yang sesuai dengan kulit
kulit dah sunset ni makin meragam lak
menci!!!

ada satu set lagi skincare aku beli tau
tapi belum pakai lagi
nanti if dah pakai aku bagitau ek.
btw, ni bukan post berbayar ek
post base on experience
heheee



zzzyy


2 comments:

  1. ini lah produk yang aku biasa dengar kat radio sinar ni... noir noir gini rupayan, lisetik banyak banyak tu menggoda betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah so far ngam dengan kulit aku. lipstik dia lekat arr, suka pakai, semalam beli satu, arini beli satu lagi

      Delete

tq, peace :)