Tuesday, September 22, 2020

Program Hari Ahad



Kisah sedih ahad lepas

bersama semangat membara
nak makan mee udang
kita sekeluarga 
dengan 3 buah kereta
drive ke Kuala Sibuti
about 94km dari rumah

tengok viral kat FB
kat situ ada gerai mee udang yang famous
terletak ditepi pantai
best je pemandangan

94km dalam fikiran
tak jauh sangat kan
tapi bila masuk je jalan ke kuala sibuti tu
perggg!!! cam jalan masuk hutan
yang tiada penghujung nya

kiri kanan pokok kayu 
dalam kawasan tanah berpaya
ada lah melalui a few kawasan perkampungan
seriourly terpegun
rumah2 nya 
cantik2 belaka

then bila masuk lagi ke dalam
makin kurang kampung
wonder juga dalam hati
betulkah jalan ini
tapi lega juga sikit yea
sebab jalan bertar elok

about 30mins later
baru lega tengok ada kawasan perkampungan
yang berpagar penuh

kat entrance gate nya ialah sekolah rendah
pastu rumah2 kampung
pun cantik2
di halaman2 berkeliaran kambing yang montel2
di kawasan tepi pantai
tak pasti lah berapa besar
tapi jarak dari pagar ke pantai
tak banyak juga rumah
tapi taktau lak sebelah kanan nya
mungkin banyak rumah kot
tapi yang pasti
sebelah kiri tak banyak 
sebab sebelah tu ialah kawasan pantai/kuala

and surprisingly
ramainya orang pergi tempat makan tu
dengan cuaca panas terik
berpusu2 orang datang
bila sampai kat gerai
memang pack
 
makanya dengan keadaan membawa
3 orang budak
termasuk dak ava
berpeluh2
sambil berjalan
sambil cuba sedaya upaya
tuk tidak memijak tahi kambing
kita give up!
meskipun dah drive jauh
tetap taknak terus disitu
tah berapa lama kena tunggu
lagipun takda tempat menunggu
takkanlah nak menunggu dalam kereta
kang sampai ke petang 
tak dapat tempat duduk kat gerai lak

kita pergi ke pekan berdekatan, pekan bekenu
misi mencari mee udang diteruskan
jumpa satu kedai halal
sekali lagi kecewa
mula nya dia kata ada
then waiter balik ke meja kitaorang lagi
cakap udang dah abis kena booked
takda rezeki lagi lah tu

kat kedai tu 
harga udang galah rm10/100 gram
perut dah berkeroncong
jam dah 12.30pm
so makan aja lah apa yang ada


budak tecik ni, si totom
tak reti duduk diam
nak bergerak je
nasib baik tak dapat keluar dari baby chair
tapi duduk tu pun
turut memacam style dia






order nasi penyek tuk dak ava
[tapi dia tak mkn, aku n SIL siapkan]
sekali datang nasi lelapan
beza lelapan dan penyek ialah
tuk lelapan ayam tu goreng camtu je
tuk penyek, ayam di penyek2 dahulu
[ditekan2 isinya agar lembut]




aku order laksa sarawak
kurang kaw kuah dia
laksa ni semua bergantung kat kuah
kuah sedap, sedaplah ea
if kuah kurang, tak sedap lah ea




lepas makan kita pii market sayur dia
lerrr
dah nak kul 2pm hari ahad
semua org dah pulang
ataupun dah bersiap tuk pulang
kecewa lagi


alang2 dah kat pekan bekenu
kita pergi ke another spot
pantai bungai 
bungai ertinya bunga
taktau kenapa dipanggil camtu

ni adalah tempat lepak2
kat tepi pantai
boleh picnic
boleh santai menikmati udara laut



budak ni monyok
dia nak main kat playground
aku tak bagi
sebab ramai budak main
pastu dalam perjalanan pulang
dia tido
tambah lagi mulut dia ada ulser besar





sampai kat rumah
mandi
on aircond
terus santai2 baring2 atas tilam
berat je rasa tulang nak iron baju
issk2


zzzyy




 

12 comments:

  1. kecewa betul, dahla jauh tu wei dekat 100 km untuk cari mee udang tu last-last tak dapat.... tkapelah lenkali ko cari area dekat2ko je yang best wei... sebab dah tau suasana nya mcamne kan heheheh ... taik kambing tu yang rare

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Dana. lenkali mmg kena pergi hari org bkerja. if takda bawa bdk timi, sgup juga aku tunggu. kat sini mmg ada tpi krg fresh. hahaaa.. taik kambing everywhere.. byk dh penyek kena pijak kaki/kereta 不不

      Delete
  2. I feel you sis. samala mcm saya nak makan mi kolok sanggup pergi lawas dari Membakut. About 1 jam lebih sikit drive gitu, tapi bila sampai gerai semua tutup. aduh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis. keciwa sesgt tpi tetap tak mematahkan semangat tuk berniat akan pergi lagi one day nnt 不

      Delete
  3. huuu kecewanyaaaa.. arap lain kali blh mkn mee udang yg tersedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah sis. review kedai ni best mee udangnya, rega pun berpatutan. nx round pergi lagi. tunggu dimuka pintu tuan gerai 不不

      Delete
  4. Dah lah penat..mengecewakan plak. Sabor ja lah. Btw jemput join giveaway Kita yeh https://ctcheery87.blogspot.com/2020/09/giveaway-selamat-tinggal-moratorium-by.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah sis. nak buat camna, ramai juga yg balik dgn keciwa esp yg ada bawa budak2, tak larat hadap cuaca panas

      Delete
  5. alahai siannya.. jgn sedey2 k.. Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tu lah sis. nak wat camna, takda rezeki. ok. nnt saya join ga

      Delete
  6. aduhhh kekecewaan tak dpt makan makanan yg kita mengidam, mmg sedih gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. rasanya mmg ramai balik hampa ari tu. nx time cuba lagi

      Delete

tq, peace :)