Sunday, February 21, 2021

Process Membuat Belacan


sekarang miri dilanda musim bubuk
atau udang geragau
tapi masih tak banyak dan mahal
jumaat lalu dapat lah dalam 8kg with rm8/kg

digaram semalaman
sabtu jemur kat panas
pas agak kering
ditumbuk kat lesung simen
biasa akan ditumbuk 2 3 kali

hari ni hari ke dua
tolong mak tumbuk
boleh buat termengah gak
takda exercise lah tu


nah
ready tuk ditumbuk tuk kali ke 2
nasib baik tak banyak
if banyak, susah tuk diuruskan
sebab bab menumbuk tu agak berat
tu lah mak buat sikit demi sikit






ready to roll!!!!
belacan ni tuk tumbukan pertama
agak senang sebab masih basah
yang ke2 ke 3
agak berat sebab dah melekat
dan mengeras


guna lesung simen
alu masih kayu
tengok ni ingat masa kat kampung dulu
aku dan cousin2 masa cuti sekolah
suka buat kuih guna tepung beras
kita gotong royong menumbuk  beras
dalam lesung kayu
sampai melecet tapak tangan
orang sekarang takda experience pengalaman tu lagi
nak tepung beras
banyak kat kedai




tu dia dah halus
mak kata nak tumbuk sekali lagi
bagi halus lagi
sedap buat sambal



dari 8kg tu 
hasilnya adalah dalam 2.5kg belacan
2.5kg belacan tuk setahun?
family aku kuat makan belacan
dak ava dia makan begitu saja
apak suka buat belacan tumis dengan bilis dan cili
aku dan mak 
suka berulam


untuk buat belacan simple je

bubuk/udang geragau
garam kasar
gula [tuk balance kan rasa je
jgn banyak


harus guna bubuk fresh
if dah berbau
nanti belacan bau busuk dan tak sedap


cara-cara

cuci bubuk bersih2
hilangkan pasir2
tapi if bubuk yang ditangkap di air laut dalam
tak banyak pasir

bubuk dicampur garam dan gula
biarkan semalaman
keesokkannya jemur kat panas 
[antara cabaran buat belacan, musim tengkujuh]
sekarang hujan on and off
nasib baik this 2 day cuaca panas

if panas terik 
cukuplah 2 3 jam pastu tumbuk
boleh guna mesin pengisar daging juga
keesokkan hari buat process yang sama
cukup lah 2 or 3 kali tumbuk

and masa kita peram bubuk semalaman 
dan kita jemur 
dalam bekas peraman tu ada air kan
jangan buang tau
tu sedap if buat air belacan

masak hingga air tu pekat
pastu simpan 
sedap buat berulam
campur limau campur cili
cecah mangga/ mempelam
fuhhh!!!!! sedap!!!

buat belacan ni remeh
sebab banyak process nak kena buat
cuma puas hati
sebab kebersihan terjamin
if mak if jemur
dia hidupkan api biar ada asap
so lalat tu semua lari

dari kecil memang kita akan buat sendiri belacan
if ada lebih 
kawan2 aku suka beli
tapi sekarang agak tak berbaloi di jual
sebab bubuk harganya mahal
market price dalam 50-70 hinggit sekilo
beli bubuk mostly rm8/kg
dalam 10kg boleh dapat dapat 3kg
belum lagi kira kos garam gula
dan yang paling tak best
tenaga menumbuk belacan tu
this year sebab weekend
aku dapat tolong mak
tu pun semalam tak tolong dia
sebab aku takda kat rumah
dia dah complain penat2 lengan dia

last year mak demam
apak take over
lepas uruskan 10kg bubuk
demam lak orang tua tu

itulah sekarang aku pesan
buat tuk kita makan je
takyah buat tuk jual2 semua
tak berbaloi sakit uruskan belacan tu
aku pun bukan kuat sangat juga bab tumbuk menumbuk belacan ni
hakak dah sunset industry dik
heheheeee





zzzyy










 

11 comments:

  1. ooohhh...gitu... tak pernah tahu prosesnya sebelum ini

    ReplyDelete
  2. waaaa ini first time baca and dpt ilmu! thanks

    ReplyDelete
  3. tetiba teringin nak makan umai...
    takde resepi kah? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada, nanti buat resepi umai ikan dan obor2

      Delete
    2. Ala obor mcm ssh nak dpt kat sini... Ikan n udang la heheh

      Delete
  4. Pengetahuan baru untuk proses pembuatan belacan. Thanks for sharing, Kak Shirven.

    ReplyDelete
    Replies
    1. np jannah 😍
      mana tau someday jannah nak buat

      Delete
  5. Betul tu awak.. Buat sendiri lagi terjamin kebersihannya dan puas makan cuma renyah sikitlah kan..

    ReplyDelete
  6. Wahh bagusnya kak buat belacan sendiri. Mesti lagi sedap rasanya. Hebat ava makan belacan macam tu je. Tak pernah tahu proses membuat belacan. macam ni rupanya. Agak leceh juga nak membuatnya menumbuk bagi halus. Tapi yang penting, rasa dia sedap dan puas makan seisi keluarga dan untuk stok setahun.

    ReplyDelete

tq, peace :)