Tuesday, July 27, 2021

Kek Pisang + Kurma

assalamualaikum

kisah jumaat lepas
aku kan masih cuti
so sebab dak ava boring
ajar dia baking banana cake

resepi simple je

4-7 biji pisang  (if besar kurangkan)
 4 biji telur grade A
250 salted butter (guna brand lurpark)
3/4 cup brown sugar (boleh kurang)
5-6 biji kurma (dihiris halus)
1 1/2 cup tepung hongkong
satu sudu mkn bikarbonate soda
satu sudu mkn baking soda


first suruh dia lecekkan pisang
berkerut2 dahi orang buat
heheheeee


 


pastu suruh dia tapiskan tepung 
(aku biasa guna tepung hongkong)
+ bikarbonate soda
+baking powder



banana cake kita dua campur kurma
yang ni aku yang hiris halus2




telur 4 biji (grade A)
grade B guna 5 biji
grade C guna 6 biji



suka guna soft brown sugar ni
bau dia sedap




pukul gula dan butter hingga kembang
if guna gula biasa senang lagi nak tengok
dia akan putih pekat
ni sebab guna brown sugar tak nampak sangat
just main agak2 je

bila dah kembang
masuk telur satu persatu
boh satu mixer sampai sebati
boh satu lagi camtu juga
dan seterusnya
jgn boh semua sekali yea
kita taknak cair sgt sekali
if satu persatu 
dia tak cair
senang nak mixer kan sampai kembang




bila semua dah sebati
masukkan pisang sikit demi sikit
pastu masukkan juga kurma
sikit demi sikit juga
tambah 2 3 titik esen vanilla





dah sebati
baru masukan campuran tepung 
tepung harus ditapis yea
tuk menghasil texture yang smooth





semua dah sebati
kita kaup balik lagi dgn spatula
agar takda lagi tepung kat sudut2
semua bercampur sebati




tu dia
kita transfer dari balang ke loyang
berpeluh-peluh dak ava buat





tudia
dapatlah seloyang kek pisang+kurma
sangat lembut 





boleh cuba yea
senang je
sebenar if takda butter boleh guna minyak jagung
or takda juga
boleh guna minyak masak
tapi bagi tekak saya 
saya tak suka sgt rasa if dgn minyak masak
tu lah yg prefer guna butter
lagipun makan tuk sendiri je kan
if guna marjerin pun boleh
cuma kek guna marjerin cam buttercup tu
dia akan lebih berminyak
terpulang lah dgn selera memasing kan
takda yang salah
semua boleh je


zzzyy

11 comments:

  1. wah rajin dak aba tlg mummy ye hehehe...
    makan panas2 kek pisang ni mmg ummphhhh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia kata boring tu yang minta ajar buat kek.aah sedap ni retna. nanti nak repeat buat belanja kwn2 kat opis

      Delete
  2. ha'ah senang nak buat tapi kena jaga teknik tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah senang je buat tapi tu lah teknik kena ada lah sikit2

      Delete
  3. waalaikumussalam. cantik hasil kejadian nya ^_^

    ReplyDelete
  4. Pandai Ava buat kek pisang. Lepas ni boleh belajar kek lain pulak

    ReplyDelete
  5. wah tak pernah lagi rasa kek ada kurma
    macam best jer nih

    ReplyDelete
  6. Rajin Ava tolong buat kek. Sedapnya kek pisang. Tambah kurma sedap juga ada rasa manis kurma

    ReplyDelete

tq, peace :)