kisah malam jumaat
tengah hari aku call lah orang tuk repair fridge
sebab dah takmau sejuk lagi
mulanya sekejap sejuk sekejap tak
beberapa bulan juga camtu
adalah suruh org repair ekon tolong tengokkan
tapi dia tak pakar repair fridge
suruh dia carikan yang pakar
dia yea kan tapi takda lak
yang aku pula
sebab tak serius sangat
bahagian frozen dia masih boleh guna
lagipun ada freezer
tu yang tak gelabah cari tukang repair
fridge tuk simpan sayur dan air sejuk saja
pastu since dua minggu lepas
bahagian frozen dia sejuk sampai air membeku
bahagian simpan sayur langsung tidak
nak panggil tukang repair SIL selalu guna
dia cam dari hujung dunia ke hujung dunia lak
masih pkp
tak boleh nak lalu sekatan roadblock sebarang
tunggu punya tunggu
akhirnya
bahagian frozen pun mati terus
kipas dah tak boleh berpusing
peti sejuk jadi peti panas
sayur mayur layu
arrhhhh!!!!
tak boleh dibiarkan ni
harapnya boleh repair lah
kang last month ekon rosak
takkanlah bulan ni fridge lak rosak
maka jumaat tu teringat kawan kata
dia ada kenal tukang repair barang2 electric
yang pandai dan bagus
terus msg dia yang sedang WFH
dapat no phone terus call orang tu
janji dalam 4pm lebih gitu dia datang
ok fine
rumah memang sentiasa ada orang
lagipun jumaat aku balik awal 4.30pm
tunggu punya tunggu
tak juga datang2
then by 9.45pm baru dia datang
buka je fridge dia dah dapat agak masalahnya
dia buka suis yang kat belakang tu
tah apa nama aku taktau
tapi kat situ lah terletaknya
benda yang jalankan system defrost ais
tu punca masalah nya
benda tu hangus!!!!!
so dia tak dapat defrost lagi
fridge penuh dengan ais!!!
kipas pun disaluti ais
semua disaluti ais
tak dapat berfungsi lagi
ni bahagian frozen
ais menutupi semua wayar n kipas
masak 2 kettle air panas
tuk menyiram ais tu
then dia guna hair dryer juga
tuk hancurkan ais2 tebal tu
next day dia datang lagi dengan alat baru defrost
dan dia cuci bahagian tuk simpan sayur lak
ada ais juga meskipun tak setebal semalam
so far so good
harapnya dapat beroperasi seperti biasa
total damage RM150 for alat defrost
RM30 for manpower
worth juga kan
sangat2 bersyukur sebab fridge masih elok
masih boleh guna
aku dah start susah hati
arrrhhhhh duit lagi
ni boleh mengurut dada lega
alhamdulilah
zzzyy
fuhh blh repair lg..
ReplyDeletekalo xmelayang duit nk cr peti ais baru..
nsb baik ok lg..
tu lah sis, alhamduliah sampai skrg masih berfungsi dgn yg sepatutnya
DeleteUjian betul tu lepas aircond , peti ais pula. Alhamdulillah dah okay #Staysafe
ReplyDeletetu lah sis, ujian minda dan poket. if fridge rosak juga, mmg jiwa koyak poket pun koyak
DeletePerti ais ni ada yang tahan lama, ada yang tidak.. Saya punya di rumah ni, dah lebih 10 tahun dah guna. Masih ok lagi.
ReplyDeleteaah saya punya jenis yg tahan juga, dalam 14-15 tahun dah berkhidmat
Deletealhamdulillah masih boleh repair
ReplyDeleteAlhamdulillah selesai juga masalah peti ais. Musim PKP ni kalau barang elektrik rosak agak payah.
ReplyDeletePKP 1.0 dulu peti ais kami rpsak. Aduhai! Sengsara juga masa tu. Habis makanan busuk.
ReplyDelete