Thursday, August 11, 2022

Sakit Pun Tetap Berselera Makan

 

assalamualaikum
masih tak sempat nak abiskan
cerita jadi tourist guide

minggu lepas dan minggu ni
jadual aku a bit pack
tambah lagi
tanda2 demam dah nak timbul

harini MC sebab batuk teruk
hari ke 3 tapi belum demam
malam ni seakan demam makin menghampiri
sakit kepala
sakit kat alis mata
panas2 rasa keluar dari nafas hidung

tapi sakit2 aku pun
tetap berselera makan

tengah hari 
pas ambik dak ava dari sekolah
sempat pii makan chicken rice




bersama tauhu faberet apak
mak tak ikut sebab sibuk jaga
jemuran ikan masin dia
byk stok ikan gelama kat freezer
(beli nak bagi dak2 bulus)
tapi taknak makan lak semua tu
tu yang buat ikan masin
kebetulan cuaca panas
ngam sesangat




dak ava makan bun  bersama mashed potato
pastu nasi bersama ayam goreng ni
coleslaw aku hentam
allergic makan sayur dak tu
hehehee




balik rumah tapaukan
setengah ekor ayam stim tuk mak
naahhh nanti adalah yang 2nd round

malam lak aku pun keluar
nak beli mentol lampu
lama betul dah cadang nak beli
so since ingat
terus keluar beli

sempat duk makan sate juga


bersama nasi himpit



buntut ayam panggang madu




katanya batuk
pekena air limau kasturi suam
laju je masuk tekak





dan tanpa sengaja
pii pasar cam orang dulu2 lak

bawa sapu tangan tuk tutup mulut
masa batuk
style legend




and for the first time dalam hidup
hari ni doc beri ubat batuk
6 biji sekali makan!
semoga aku lekas sembuh
sakit tau sakit batuk camni
tiap kali wave batuk teruk tu datang
kena cecepat ke toilet
kang terkuncil lak
naya je hancing seharian
seriously if kena yang teruk ni
aku tak kira 
tetap guna pad wanita
so if terkuncil boleh tukar






esok rasanya nak sambung MC
demam dah nak mai ni
systom2 dah  ada
btw, dah buat STK isnin dan hari ni
alhamdulilah
negative

good nite

9 comments:

  1. cuba minum air madu dengan lemon boh cengkih... air suam panas lega sikit nanti.
    Ko kalau tayang gambar makanan semua nampak sedap tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah ada buah air tu lega rasanya tapi dh batuk kahak ni degil, ssh nak clear cecepat. hahahaaa.. gambar mknan harus nampak sedap

      Delete
  2. semua nampak sedap. memang berselera betul tu. semoga cepat sihat

    ReplyDelete
  3. Kena rehat banyak ini..
    Lega rasanya masih ada selera makan.. Sekurang-kurangnya ada tenaga..
    Semoga kembali sihat ye awak..

    ReplyDelete

tq, peace :)