Sunday, March 17, 2024

Puasa Hari Ke 5


kisah semalam
dalam kul 10.30am keluar rumah
nak tukar lampu kereta rosak
dan nak betulkan skirt depan kereta
klip dia tercabut
past cek, just tercabut
yang tak lekat tu
workshop cadang guna je double tape
memang dia camtu
kereta lama kan
so gam2 dia dah tak lekat sangat
tambah lagi depan tu 
kerap gak terlanggar divider masa parking
aiming kurang tepat
hehehee

since dah keluar ni
cadangnya nak beli bubuk tuk buat belacan
last week dah beli 15kg
pas ditumbuk halus
mak kata cam kurang cukup
kan kita ni kuat makan sambal
ok
beli another 10kg
last week beli rm40 for 10kg
kali ni rm70 for 10kg
musim bubuk dah nak abis
lagipun bulan puasa kan
kurang nelayan ke laut cari





buat lah cencaluk sikit
saja tak suruh mak buat banyak
kang nanti asyik berselera je makan
satu cencaluk ni masih
tak digalakkan doc tuk makan



obsession terbaru
gian berulam dengan daun selada ni
gerai sebelah office introduce
tiap2 hari if ada ulam ni
aku akan makan dgn sambal belacan




tuk buka puasa
pergi ke pasar ramadan

nasi ayam berempah RM10



mee kolok ayam RM6





nasi ayam bakar RM10
ni sedap
SIL belikan masa lepak rumah dia sekejap
dia dgn mak makan
aku kan puasa 
so dia belikan sekali






bubur pedas RM7
dalam pelbagai sayur dicampur
kentang, isi ayam, jagung, daun kunyit
fucuk kering, suhun dll
tuk buat bubur  ni
ada bumbu khas dia
selalu bulan puasa je orang akan jual
or sedekah kat masjid2
hari2 biasa mmg susah nak dapat





air lak
beli teh C peng cincau
fuh! mantap!!!
rm5 sebungkus




alhamdulilah
selesai puasa hari ke 5



1 comment:

tq, peace :)