Monday, August 19, 2024

Aircond dan Coil


kejadian june lepas
dah lah cuaca extra panas
ekon bilik pun tak sejuk
nak kata rosak
takkanlah cepat sangat
rasanya baru 2 tahun

so panggil lah doc ekon
yang ni aku memang selalu guna dulu

tapi aku tukar org
sebab nak tolong anak buah
so aku guna khidmat dari company anak buah

dalam 2 tahun juga guna
my 2 bro pun guna juga
memula ok

then last year makin pelik pula
ekon asyik takda gas

bila dorang cuci 
guna air sikit je
tak sampai satu baldi kecik
biasa banyak lak orang guna
ok fine
mungkin stail baru kot
kan makin hari makin canggih
even cara orang handle sesuatu brg

dan suatu ketika tu
ekon kat luar 2hp
kat bilik pun 2 hp

bulan ni kata ekon luar kurang gas
ok, mungkin lah
isi rm90 + cuci rm70

then macam tak sejuk sgt
takpa
mungkin sebab cuaca panas sgt
ada sekali tu
minta cek kot2 ada yg bocor
sebab tak sejuk sgt
yang kat luar pun sama
even selepas beberapa hari dah cuci
semua ok

fine
tahan je lah
2 bulan kemudian suruh cuci lagi
cakap ekon dlm bilik krg gas
kat luar pun kurang gas
so rm100+rm90+RM70
mak bayar
aku waktu tu keja
mak dgn apak je kan kat rumah

bila balik mak cerita kena byr byk
apa yg banyaknya
bukan rm70 je ka
mak kata dedua  kena isi gas
aku cam
what!!!!???
takkanlah cepat sgt gas kat luar tu abis
kan baru 2 bulan lepas isi
kat bilik lak cakap masih bersih
just isi gas
kata tak kotor
dah lebih 10 thn ada ekon
tak pernah org taknak duit
kotor tak kotor
dorang tetap cuci!

and a few week later
manage jumpa no tipon
si pencuci ekon lama
suruh dia tengokkan ekon2 aku
sebab dedua ni mmg dia yg pasang dulu
dan ekon 2nd hand kat luar tu
aku beli dari dia

found out
ekon kat luar tu rosak terus!
tak leh repair
sebab overflow
asyik di masuk gas

ekon dalam bilik pula 
coil dia sgt kotor
dah tak larat nak mengepam sejuk

berselirat daki tebal kat coil!
dah tak larat bernafas lagi natang tu
gara2 ekon lama tak dicuci
dicuci pun tak seperti yg seharusnya




kena cuci guna chemical
melayan RM380!
dah lah beli ekon baru
yg lama kena repair pula
cam dah jatuh ditimpa tangga


 



nah dah bersih


nasib baik masih dapat diselamatkan
kalau cam coil kereta beberapa hari sebelum tu
tak leh guna langsung!
kena beli yg baru 
terbang lagi RM870!!!!

bulan tuk brg2 keperluan minta kasih sayang


dan sekarang alhamdulilah
semua sejuk dan sgt2 memuaskan
ekon kat bilik sejuk seperti sepatutnya
kat luar tu lak
ekon baru 2.5hp
puas hati sebab sejuk seluruh ruang tamu

btw dengar kabar anak buah
yang spoilt kan ekon tu
sekarang tengah bayar balik 
ekon2 customer dia 
yang rosak kena para pekerja dia

ingatkan nak tolong business dia
mana tau dia kena kan kita 
salah satu sebab tak pantau pekerja dia
dilaporkan cuci ekon tapi
pekerja dia isi gas
so duit gas dorang songlap
duit cuci bagi dia

tak senang nak senang 
dengan cara menipu ni

peringatan tuk sendiri juga

6 comments:

  1. Aduh bab cuci dan service aircond ni mmg kena berkira.. kena cari yg betul.. kena ada di sisi sepanjang mereka cuci.. bertabah lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah, tak sangka juga kan, org2 anak buah yg buat. mana tau sampai hati duk tipu org

      Delete
  2. senang kerja ya, kita ni niat nak tolong tapi kene scam pulak ye kak. Mujurla ada lagi no tepon orang jaga ekon yang lama tu kan... kalau tidak tak pepasal kene tipu je.

    ReplyDelete
  3. aduhaii.....
    dugaan..itulah kan kita ni..niat dihati mmg nak tlg..
    tapi klu hasilnya tak memuaskan..mmg first n last la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dana. saya ok gik just stop. my SIL dia maki budak tu, terasa juga dia sebab SIL yg introduce kan kita

      Delete
  4. Mencari teknisi yg bagus dan jujur itu susaaaah sangat. Pengalaman saya juga ketika nak service airkon di rumah. Alhamdulillah skr dah dapat yg terpercaya. Kadang saya tanya perlu tambah freon tak, dia jawab tak. Masih full

    Pernah juga tanya airkon di kamar anak saya Krn usia dan 11 tahun, JD dinginnya tak seperti dulu walo diservice. Saya tanya dia, Krn dia juga menjual AC di tokonya, perlu tak saya ganti AC baru saja. Tapi dia jawab, tak perlu inj msh bisa digunakan beberapa tahun lagi, Krn saya rutin service AC ini, 4 bulan sekali. Jadi mungkin Krn itu juga kondisi masih oke. padahal kalo dia tak jujur pastilah dia suruh saya beli saja yg baru dan yg lama jual ke dia. Bersyukur jadinya.

    ReplyDelete

tq, peace :)