Saturday, October 12, 2024

1st time makan panipuri!

assalamualaikum

salam sabtu semua
glad to be at home
plan nak rehat2 layan movie je arini

bangun tadi
santai2 kat bed main tipon
pastu masak breakfast tu dak ava
nasi goreng ayam
dia mana pandai makan pelbagai cam kita
tu yang selalu akan masak tuk dia
baru lah masak tuk sendiri

masak sup ayam kat pressure cooker
campur paste rempah ayam sup
dan tumis sotong+udang+kcg panjang
 tuk lunch

lepas masak baru mandi
pas mandi baru makan
pas makan
here i am
duk ngadap laptop
nak sambung layan cerita cina 
yang ditengok semalam
'president secret wife'
layan kat YT je


semalam on leave
ambik report card dak ava
result lebih kurang cam previous
sakit lak dak ava ni nak score
subject sejarah dan BM
dia kata susah
sebab tak faham Bahasa Melayu
aku lak taktau nak ajar
sebab sejarah kan main hafal
bm pun sama
seriously if aku exam pun
mungkin fail ni

lepas jumpa cikgu kelas
kita pergi lah makan
ada kena india baru 
asyik melintas kat FB je
tengok menu menyelerakan je
and most of all
nak try panipuri dia
dok lihat mayah kat FB je
teringin gak try




inti dia sedap
ngam je kat lidah
combine dgn cili dan air asam dia
fuhh!!! buat rasa nak lagi dan lagi




ketuk2
masukkkan inti
masukkan cili
masukkan air ayam
bismillah
ngap!!!






presentation guna picagari besar tu
sangat unik dan praktikal
titiskan je dalam panipuri tu
yg kehijauan air asam
yg merah tu cili
dua2 sedap
match from heaven!
hahaaaa
rm12



first time aku try
luckily rasa dia sedap
kalau tak
kang taubat aku makan

selain tu order lain gak

roti nan cheese rm12
roti nan biasa rm6




makan dgn kari lamb dia
yang ni kureng
kari rasa nya ok
just hirisan lamb tu
kecik sgt dan nipis
tambah masih liat
susah nak gigit
cakap kat owner dia
tolong baiki rasa dia
agak not worth for rm28




nasi beriani ayam dia sedap
portion just nice
rm25




bawang jeruk
ok lah penyeri hidangan
walaupun takda rasa bagi aku
jauh kalah dgn jeruk halia muda korea




deco dia menarik
dihiasi dgn poster2 cerita hindi dan tamil
banyak juga yg aku dah tengok
banyak lagi yg belum tengok
hahahaa

keseluruhan very good ambien
recommended tuk makan bersama family
aku nak try lagi nanti
bawa more family





 

1 comment:

tq, peace :)