Wednesday, January 8, 2025

Itik masak rempah 5 rasa

sapa suka bebek @ itik?


aku salah sorang dari peminat nya
biasa masak palooo je
iaitu cam
goreng kicap + rempah  5 rasa


a few week ago
terasa nak try resepi baru
aku marinate lah itik
yang dibelah dua

rempah 5 rasa
olive oil
lada hitam
sos tiram
kicap pekat
perasa
gula

aku peram lama
dari pagi sampai petang
dalam 6-7 hours

pastu masak dalam air sikit
pepandai sukat ea
at least setengah badan itik ditutupi air
so nanti bila dia tukar side
sekurangnya setengah badan itik kena air juga

masak dalam api slow
tutup kuali
[disebabkan dah marinate lama
so isi dia jadi lembut


 


bila air dah kering
dan itik pun dah masak
baru potong isi nya
yummy!!!!




tengok entry ni terus teringin nak makan itik
kat freezer nun ada sekor lagi
weekend if rajin aku masak camni lagi

sekarang cara aku
if masak daging or itik
marinate dulu
sekurangnya setengah jam dgn rempah2 nya
pasti lembut
takyah lagi nak guna pressure cooker
cam itik ni
isi nya lembut moist
bila gigit senang je tanggal dari tulang

if masak daging pun
aku akan marinate daging dgn rempah2nya dulu
makin lama makin bagus
bila guna cara camni
daging lembu tapi tak mudah carik
bila guna pressure cooker
daging lembut dan mudah carik
mudah hancur




3 comments:

  1. Suka daging itik terutama itik serati (nila)

    ReplyDelete
  2. Oh macam tu cara nya nak bagi lembut.. Menarik pulak kejadiannya selepas dah dipotong tu :D

    ReplyDelete
  3. 1x je pernah makan masa kenduri kahwin abang dengan kakak ipar orang terengganu. tu pun taktau tu itik. mereka buat rendang itik. masa kecik la ni cie masih sek rendah rasanya pernah la makan. lepas tu tak pernah makan dah.

    ReplyDelete

tq, peace :)