since puasa hari tu
aku takda jalan2 cari makan
sebab taktau nak pergi mana dah
asyik2 balik kedai yg sama
so semalam adik bawa jalan2 kat mall
kita pergi petang sikit
sebab hari sgt panas
dah lama tak hujan lebat
minggu ni so far ada sekali
tapi tak lama
dan tak lebat
alhamdulilah semalam
hujan turun lebat
dan agak lama
bolehlah membuat
jalan2 raya penuh air
balik ke cerita ke mall
jalan2 mall takda apa sgt pun
just yg berkobar2 dak ava lah
nak pergi miniso
nak pergi popular
nak pergi watson
dan tiap tempat nak pergi tu
ada je hasil tangkapan
pastu ronda2 plan nak makan seafood
tapi tak menjadi
sebab tempat yg nak pergi tu
sekelilingnya extra sesak
taktau dari mana lah org2 ni datang
selalu ok je area tu
memang ramai org
tapi tak seramai semalam
jalanraya dua lanes
cukup2 tuk sebuah kereta lalu je
kiri kanan org parking
sebab bawa dua budak keperluan khas
suasana memang tak sesuai lah
tukar plan ke satu tempat tu
ada pasty & brew food festival
siap cakap ada pelbagai kopi
aku mmg berminat lah
bila pergi alahaii sendu lak
katanya 2pm - 12malam
dah takda barang sgt
taktau sebab laku ke
ataupun portion yg dorang sediakan sikit
stall adalah dlm 10 buah camtu
jual pastry super mahal
redvelvet cookies sebesar 3/4 tapak tangan aku
ada lingkaran white chocolate tgh2 for rm9
dak ava beli satu
suka tgk je budak tu
makannya tak
last2 hakak juga yg jadi ikan sapu
sayang dari dibuang kan
pergi tempat tu tak jadi
tempat ni tak best
yg best ramai lak org
susah nak cari parking
titim pun dah mengamuk kepanasan
adik dan anak2 dia balik rumah
so aku mak apak n dak ava
sambung cari makan
sebelum PKP
tempat ni dikenali sebagai container city
sebab stall2 dia semua diperbuat
daripada container
then PKP
lama juga tempat ni tutup
only recently dia hidup kembali
tambahl seberang dia
miri wireless walk
Miri wireless walk
more than 20 stall
tapi sejak pademic
half of gerai tak boleh survive
but recently business agak memberangsangkan
nite life especially hujung minggu
makin meriah kat area ni
so back to cerita kita cari makan
ada pelbagai gerai jual makanan
kat street food corner ni
dan antara pilihan
wantan kering
yang ni sedap
wantan nya perfect masak
inti sedap takda bau hangir
portion agak banyak
skrg aku happen dgn perubahan
industry makanan di miri
terutama yg hidangkan makanan halal
dorang dah pandai buat wantan yg sedap
compare to dulu
isi dalam wantan tu selalu je tak masak
skrg dah ok
laksa sarawak
tak begitu memberangsangkan
meehoon dia banyak sgt
laksa sarawak ni
if dimkn dgn meehoon yg byk
kurang rasanya
bagi aku sebaiknya
meehoon lebih sikit je dari condiments nya
baru ummpphh!!!
kuah juga harus kaw
tomyam seafood
yang ni sedap!
mungkin agak masin sikit
tapi sebab kepedasan dia ok kat lidah
so boleh buat aku lupa ttg masin tu
udang pun besar dan yg penting
segar!
somtam
oklah sebab ada
just rice vermicelli agak liat
susah nak putuskan
or gigi aku dah tak kuat mengeratnya!!
π²π²π²π²π²π²
kuehtiaw goreng kerang
pun sedap
aroma gorengannya menyerlah
terus rasa nak makan!
alamakk!
bakso beranak!!!!
masa adik tu hantar
aku tanya berapa ekor anaknya
dia kata 8
aku kata cam 5 je
hahaaaa...
hakak bergurau dik
dalam dia ada sebiji rebus
dan beberapa biji bakso kecik
rasa so2 je
bakso nya masih kebanyakan tepung
dari daging
tapi aku keep on makan
sebab cili sos dan kecap manis dia
combination yg sedap
tuk makan bakso!
alhamdulilah
hasil carian yg memberangsangkan
nak aku nak repeat kat kedai yg sama
tomyam
wantan
bakso












Terliur SA tengok makanan ni semua...sedapnyaaa....
ReplyDelete