Monday, January 2, 2012

again..
happy new year 2012
may all the best of the best
be always with each and everyone of you

new year eve banyak juga invitation
ada yang open house cum new year countdown
ada yang BBQ cum new year countdown juga
family jemput kawan pun jemput
tapi aku dah ada plan tersendiri
yang lama dah mark kat calendar

pergi rumah uncle yang open house sekejap
hantar mak and ava lepak sana
pastu heading for Imperial Hotel
attend kesatuan pekerja punya dinner
rugi tak pergi tau
mahal beli tiket, RM80
beli dua then
kebetulan kawan tak pergi so dapat another 2 free
yeehaaa!!! ada 4 chance tuk lucky draw
ajak adik2 ikut

dinner is fun
ada live band
ada magician dari china
buat magic yang tukar2 topeng tu
aku dah tak hairan sebab pernah tengok
yang ni tak sehebat yang kat dinner office kita dulu
yang tu siap tukar2 baju lagi
tambah first time tengok
bertambah2 teruja



Sesi games memecahkan belon depan stage
dalam belon tu ada lucky draw
aku pecahkan 2 biji je
tu pun berhati2 sebab aku takut belon pecah
dah kerana orang ramai gak
takut kang dipijak heels kasut orang

dan pic orang2 nari depan stage
sambil layan live band
cakap kat Ani, if dulu..
dah berpeluh2 kita joined terkinja2 depan tu juga
sekarang dah low profile
dah malas nak havoc



dan lucky draw nya.... *kelip2 mata*
aku dapat sepasang jam polo
tapi tak begitu mengexcited kan lor
sebab aku dah ada jam yang cukup memuaskan
birthday present 3 years ago dari SIL
lagipun colour nya putih
tali cam batu marble
takda lah mahal sangat kot
tapi if beli sendiri
sumpah aku takkan beli style ni
eehh cam tak bersyukur kan
baik ada dari takda maaa
aiyaakk apa lah aku ni
bak kata shirini artis indonesia
yang baru2 ni dapat award
phrase of the year...
pasti ada sesuatu....alhamdulilah

bercakap tentang artis indon
keluarga lately gila tengok siaran bintang & pelangi
terutama program bual bicara bukan 4 mata
dan opera van java
dua2 nya sungguh lucu dan menghiburkan

btw, first day of my new year was disaster
ava asyik menangis sesaja
duduk tak betul berdiri lagi tak betul
didukung bawa sana sini masih gak meraung
tidur tak lena badan rasa sangat lemah
tidur 2am and by 3am dia start menangis
by 5.30am baru tidur
bangun 8.30pm menangis lagi dan lagi
susah nak ditidurkan
asyik menangis sesaja
rasa dah cam ahmad abab pulak

petang visiting rumah auntie yang open house
bimbang juga dia menangis
tapi ternyata tidak
know the cause why she's crying
mencari orang ramai!!!!
masih seronok bermain masa new year eve tu
sebab ramai kekawan sekeliling

malam aku plan nak lepak2 visit rumah one of bestfriend
ternyata ava masih nangi
mencari orang lah tu
last2 aku bawa dia sekali
hah! senyap tengok orang ramai
senang je jaga dia
bagi makan keropok duduk diam2
pastu bermain pun tak kacau barang
amat2 tak sangka

balik dari visiting tu baru dia puas
dah boleh diajak bermain main
bergurau senda nyanyi2
malam pun tidur nyenyak
pagi bangun ok cuma awal lah
which mak yang layan
aku terlalu weak
lately busy memanjang je

aku baru perasaan
lama dah tak layan channel 701
apa tak nya asal sampai je rumah
dah masa tuk tidur
asyik ke sana ke sini sesaja

so far vitamin pharmarton berkesan tuk aku
tiap kali rasa badan too weak aku telan sebiji
dapat lalu hari dengan cergas
really recommended
ianya tak menyebabkan berselera makan
just perlu minum air banyak


zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)