Monday, October 24, 2016

Ok sambungan n3 yang lalu

Suatu hari tu
SIL yang full time housewife
Bincang dengan mak
Apa nak buat tuk cari duit
Especially zaman darurat ni
So diorang plan n plan
At last keluar satu idea

JUAL KUIH

Aku cam tergaman juga sekejap
Cos family aku ni
Bukan jenis yang suka buat kuih pun
Termasuk aku
Tapi idea tuk dapat duit lebih tu
Sangat2 menarik minat aku
So we plan apa kuih nak dibuat

Our idea
Buat kuih yang murah
Tapi jarang orang jual
Penyaram n putri ayu come in mind
Aku sanggup buat putri ayu
Yang lelain SIL dan mak

Kuih2 tu kita hantar ke gerai2
Yang menjual kuih
Dari rm1 kita jual tu
Diorang ambik 20sen

So 1st buat putri ayu
Fail!! Bantat dan jauh skali kembang
2nd buat masih fail!
Degil, masih bancuh dengan tangan
Adik cakap mungkin x cukup kembang
Ketika membancuh
3rd buat
Masih x memuaskan hati
Tapi rasa dan rupa dah ada
Walaupun kali ni aku guna mixer

4th buat baru menjadi
Putri ayu yang ayu dan gebu











Taraaaa.....
Ni dia yang aku buat tiap hari
Rm1 for 3
Antara kuih favourite aku juga ni
Masa mula2 setakat 10 biji tu
No problem masuk perut aku


N bermula dengan itu
Dah masuk minggu ke 4 ni
So far sale so good
Boleh lah jual dalam 80-120biji sehari

Selain tu
Kita buat kuih apam beras
SIL kontrol
Tapi seminggu kebelakangan ni
Kuih tu tak menjadi pulak
Tak mau kembang
Tah pa sebab pun taktau
Cara buat n bahan semua sama

So tuk balance kan sale
Kena cari alternatif tuk buat kuih lain
Tapi karipap, kuih lenggang, buah melaka tu
Semua dah ramai yang jual

Minggu ketiga
Try buat kuih angkoo
1st try memang salah
Ada ke patut
Aku guna tepung beras instead of
Tepung pulut
So jadilah kuih angkoo yang keras
Or aku lebih suka panggil
Kuih kasut

2nd time buat baru menjadi
Guna tepung pulut












Taraaaaa....
Kuih kasut dengan keledek purple
Laaa slama ni ingatkan susah buat
Senang je pun
Cuma preparation tuk inti
Rumit sikit

Tuk yang 1st batch
Aku guna inti dari kacang dhall
Salah sebenarnya
Aku ingatkan
Kacang hijau tanpa kulit dengan kcg dhall
Adalah sama 😀

Malam jumaat n sabtu
Offday dari  buat kuih
Masa tuk family
Bawa anak2 berjalan jln

Ok
Begitulah cerita
Bagaimana bermulanya
Aku berjual kuih









zzzyy














No comments:

Post a Comment

tq, peace :)