Harini secara rasminya cuti sekolah bermula!! Yeah masa tuk bawa anak2 kita berjalan jalan. Baik kita jauh maupun dekat, KL sering menjadi tumpuan pelancong musim sekolah. Hang semua nak piii mana?
Haa meh nak share pasal ROYALPARK Hotel . Aku ni memang suka amik tahu sebelum nak menginap . Senang sikit bila kita dah tahu sedikit sebanyak tentang hotel yang kita duduk . Terletak di Jalan Sultan Ismail,Bukit Bintang . Kawasan ni amat strategik . Dekat dengan ‘public transport’ iaitu Bukit Bintang Monorail Station dan Imbi Monorail Station. Andai kata nak ke tempat lain , mudahlah sangat . Tak perlu nak bersesak lagi atas jalan! Guna bas no. 11 pun jadi. No. 11, kaki lah tu, kaki dua batang 😁
|
Park Royal Hotel-Credit to Mr.Google |
Bilik superior dia adalah antara bilik paling murah kat hotel ni . Bilik luas dan berkonsep moden. Sangat selesa dengan keluasan bilik 23 kaki persegi. Antara kemudahan lain yang ada dalam bilik ialah katil queen size , executive work desk , bathrobe besar , slippers , hairdryer . Lengkap dah ni tapi …ada lagi tau macam complimentary wired .. wireless high-speed untuk akses internet . Kan org sekarang ni macam cannot live without internet, so ini adalah sangat penting. Paling best , iron dan ironing board pun ada … iron dengan perempuan ‘ berpisah tiada ’ . Sangat tak boleh wooo .. kang tudung komot, tak comey . Setuju tak para ibu ? hehe 😊😊
|
Superior Room - credit to Mr.Google |
Kemudahan asas lain macam LCD TV (32 inch) , minibar , air mineral , coffee , tea turut disediakan untuk tetamu yang menginap . Tapikan , untuk keselesaan anak anak . korang boleh book Deluxe Room atau Deluxe Double Room atau up sikit Family Suite. Pada mereka yang berkemampuan lebih , to enhance their stay, haaaa boleh la booking bilik Orchid Club. Nikmati PARKROYAL features exclusive privileges dan benefits, termasuklah priority semasa check-in, gourmet breakfast dan all-day refreshments di Orchid Club Lounge. Wishlist !!
|
Orchid Room - Credit to Mr. Google |
Antara aktiviti lain yang korang boleh plan nak buat lepas check-in kat ROYALPARK adalah shopping !! Rutin biasa la ni kan . Tak jauh dari hotel ada Lot 10. Tak kan takmo gi sebab sebelah pintu je. Andai kata tak puas round , kita jejak pulak kat Pavilion . Tak jauh jugak , jalan kaki pun boleh dari hotel sambil exercise . Alahai .. nak window shopping je pun takde hal . Pokoknya hotel ni dikelilingi oleh syurga shopping. 💕💕
Chatz Besserie terletak di tingkat bawah hotel .Banyak gila makanan yang diorang ada, sure ternganga dan akan rambang mata . Pelbagai jenis kek yang super-duper sedap. Cuisine yang dihidangkan pun macam-macam .. sate , dimsum , sushi , indian food , grill , dan macam-macam lagi. 😍😍😍
|
Chatz Besserie - Credit to Mr. Google |
Buffet dinner start dari pukul 6.30 malam hingga 10.30 malam. Sebenarnya, Chatz Besserie dibuka juga untuk breakfast (6.30 pagi hingga 10.30 pagi) dan Weekday Buffet Lunch ( 12 tengahari hingga 2.30 petang).Untuk pengetahuan korang , kat hotel ni ada restoran lain gak iaitu Si Chuan Dou Hua. Dari nama pun dah boleh agak makanan apa kan … antara signature dishes yang ada .. Eight Treasure Seafood Soup , Fried Butter Prawns , Sliced Beef In Sichuan Pepper Sauce .. dan banyak lagi . Bagi penggemar ‘ Chinese food ’ mesti suka kan ! Waktu operasi bagi lunch hour dari pukul 12.00 tengahari hingga 2.30 petang, manakala dinner hour dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam.
|
Si Chuan Dou Hua - Credit to Mr. Google |
Selain tu kan , terdapat juga tempat lepak yang lebih dikenali sebagai Hot Gossip. Di sini korang boleh nikmati pastries , cakes , salads , sandwiches , beverages dan ice cream. Walla ! Banyak betul pilihan . Tempat ni sangat sesuai tuk update blog ! opss .. kata blogger kan , kot mana pun memang takleh nak berpisah dengan wireless web access .. tak pun tempat korang nak catching up dengan kawan-kawan. Memang santai !! Not to forget, gossiping 😆😆😆
|
Hot Gossip - Credit to Mr. Google |
Last but not least , pada yang rajin nak ‘ berendam ’. apa kata kita lepak kat swimming pool. Puas berendam , pergi lepak pulak kat kerusi tepi pool tu . Acah acah ‘ Mat Salleh ’ kan ! Lepas mandi , sure lapar (ini pasti 😆) Kita cari makan kat pool bar . Banyak je pilihan light bite seperti fries .. wedges, spring rolls, fish finger, fried chicken . Sape kata ROYALPARK Kuala Lumpur tak best ?? Silap sangat .
So .. jika korang tercari-cari tempat bercuti tapi malas nak keluar dari kl. Haa!!! Seriously , PARKROYAL la jawapannya . Begitu juga bagi yang dari luar kawasan KL. Pendek kata semuanya ada. Menginap di Parkroyal Kuala Lumpur Hotel memang best dan berbaloi rasanya . Sedikit sebanyak tentang PARKROYAL Hotel Kuala Lumpur sudah aku kongsikan. Its time untuk korang book your stay at Park Royal Kuala Lumpur and aku jamin korang akan sangat puas hati.
nampknya saya belum lagi berkesempatan bersama anak-anak.
ReplyDeletesibuk yang memanjang nie..
ya suatu hari nanti memang nak bawa mereka jalan-jalan
waaahhhhh.. bestnyer tempat ni..
ReplyDeleteBest ejulz sesuai untuk seisi keluarga bsantai
Deletehotel parkroyal memang cantik
ReplyDeletedulu2 team saya selalu buat brainstorm dekat hotel nih
hehehe
Best kan. Boring2 boleh blumba renang 😂😂
Deletebestnyaaa leh bawak mak stay kat sini lahh release stress..
ReplyDeletefollow sini #31
Sesuai sgt arr. Rehat menikmati kemudahan hotel. Sesekali memanjakan diri kan 😁
Delete