Saturday, March 28, 2020

Projek Donut Gebu Gebus



assalamualaikum 
salam sabtu semua

hari ni best lah
cuti hujung minggu

eh ni tetiba takda electric
suis down
kat luar tengah hujan lebat
kilat guruh
again down

eh berhenti sini dulu lah
on and off je main suis ni
kang dah banyak aku tulis
hilang pula

now 6.21pm
sambung buat entry ni
hujan lama dah berhenti 
sebuah movie dah aku layan
sekarang phone tgh charging
tu ler yang ngadap laptop ni

semalam dak ava complain
cheese dan sosej ayamas dia abis
so dia suruh aku beli
masalahnya kat kedai dekat rumah ni
takda sosej ayamas dan chesdale

dalam berkira2 nak pergi hypermarket terdekat, emart
teringat kawan kata
which is also my neighbour
hari tu adik dia main order je groceries
dari hypermart emart tu FOC
diorang deli ke 10km je dan
mesti beli rm50 keatas

aku stalk FB dia
dan jumpa form tuk order
so aku try lah

dan seawal 7.30am tadi
orang emart dah call confirmkan order
eehh best nya
setengah jam kemudian
dak deli dengan moto
dah terpacak depan rumah
eeehhaaaaa!!!!!

ni yang aku order
sosej ayamas 5 pax
minyak masak buruh 5kg
halia 1kg
kentang 3kg
chesdale sebungkus




alhamdulilah
takyah lah aku bersusah payah tunggu turn masuk
masa pergi emart
sebab weekend confirm ramai juga orang
tho MCO
sebab tu lah hypermart yang terdekat 


since semalam aku dah plan 
nak buat something bersama dak ava
so kita kira2 lah
mana yang jimat
nak buat pizza
takda mozorella cheese
nak buat bread
tapi semalam aku dah beli sebuku
nak buat bun
takda idea nak buat bun apa
nak buat pau
dak ava bukan suka sangat makan pun
kecuali ada sejenis  tu
ayam hancur
ehh leceh buat inti
then dia kata donut
eemmm ok kita mendonut lah nak

kerja mengaul adunan memang fully serah kat dia
terkebil-kebil kata tired mami tired lah
eh takda tired2 nya
gaulkan tepung je pun
anak aku ni fragile sangat
sekarang makin nak trained dia  tough sikit




she managed to do it completely
senyum lebar bila tengok adunan kembang




time tu membentuk nya
this, let mami do
ava buat lubang tengah saja
guna tudung botol 






3 cawan setengah tepung
dapat lah banyak ni
oklah tu





bagi kembang lagi sebelum digoreng
and while waiting tu
kita brunch
ava dengan egg and red bean dia
yang lelain
ikan masin, telur masin
dan terung asam sup
yummy!!!






resepi donut gebu gebus (ambik kat FB)
tatau nak credit kat sapa

Bahan-bahan

3 1/2 cawan tepung
yis 1 packet
telur sebiji
marjerin 2 sudu
gula 5 sudu
susu manis 3 sudu
air suam 1 cawan




cara-cara

masukkan yis + susu + gula
dalam segelas air suam
sebatikan
biar hingga kembang

cairan marjerin
bila dah sejuk masuk sebiji telur


masukkan adunan yis dan marjerin
ke dalam tepung
gaul sebati hingga menjadi doh
while mengaul tu
masuk air tu sikit2

biar doh setengah jam
tutup dengan kain basah
pastu tumbuk2 doh
tuk keluarkan angin

dan bentuk bulat2
ataupun leper pun boleh
ikut kreativiti korang lah yea






yes!!!!
alhamdulilah misi donut berjaya
selalu dok buat yang tak lembut
ni betul2 puas hati dengan resepi ni


zzzyy







7 comments:

  1. syok mendonut ada orang tolong jangan tolong tengok je kan. Gebu gebas donut nya bermacam bentuk ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis, seronok juga sebab menjadi, selalu keras. so far ni terbaik pernah buat. hahahaa bentuk tu sukati dak ava je. suruh dia bentukkan

      Delete
  2. buat sendiri puas hati.. lepas tu kalau nak letak filling tu yang macam bomboloni tu adunan donat juga kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis, aa'ah bomboloni tu pun boleh dari adunan donut, lepas masak bagi lubang skit, masukkan filing apa saja ikut suka
      šŸ˜

      Delete
  3. tk pernh lg try wat donut...ni musim PKP tgk rmi gk kwn2 buat donut..puas ati tu wat sdiri bole dpt byk

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sebenar jarang buat sis, sebab selalu fail, keras, suprisingly kali ni menjadi, mmg gebu gebus. dah sejuk pun masih lembuat

      Delete
  4. Memang betul betul gebu gebas donutnya.. terbaik..

    ReplyDelete

tq, peace :)