Monday, May 18, 2020

Butter Dan Tat Nenas Kiub



adalah kisah lucunya
berlaku jumaat lepas

on da way balik rumah
singgah kat kedai jual bahan bakery
since masih dalam PKPB kan
kena lah di limitkan
berapa org harus masuk sesekali masa 

so ada lah beberapa orang que
bila turn aku
memang nak cepat lah
sian kat orang yg menunggu kan

beli acuan tat nenas kiub
(lama dah cari, baru jumpa)
taktau kenapa aku tak beli kat sini selama ni
dok sana sini mencari
takda juga ditemui

sambil tu weekend pun plan
nak buat lah sebijik dua kek raya
one of it nak buat kek yg ada cheese
just tuk family dan adik beradik

acuan dah beli
bahan pun dah beli
cepat2 keluar dan balik rumah

dah relax2 semua
tetiba terfikir pehal 
lain semacam je balutan cream cheese 
yang dibeli tadi ek
cepat2 tengok dlm aisbox

alamakkk!!!! 
bukan cream cheese lah
aku beli butter lurpak!
patut cam pelik je rasa
bila fikir cream cheese warna perak pembalut nya

biasa beli tetura, warna kuning pembalutnya
aiyaaaa.... spoilt projek nak baking kek
tadi kat kedai bakery tu
memang ada cream cheese
dan butter sebelah menyebelah
rega pun almost sama
dihati nak beli cream cheese
tapi tangan mencapai butter 
rushak! rushak!





kesudahannya
sabtu aku dan dak ava
buat biskut tat nenas guna butter tu
meskipun sebenarnya
dah beli pun butter anchor tuk tat nenas
tapi sebab geram 
guna saja lah butter tu

actually memang sedap butter ni
boleh je tuk buat biskut or kek
tapi tu lah dah geram 
salah ambik
first biskut aku buat
aku terus guna dia





semerbak bau tat nenas
first time juga buat guna acuan kiub
biasa buat tat nenas gulung

masih a bit messy
dan tak cantik
tepung dan tat terlalu tebal digunakan
nanti bila buat lagi
try adjust




tat ni tak sampai raya rasanya
ni pun dah setengah container
biskut faberet dak ava
tu lah dia dari last week
ajak aku buat
cuma mak dia ni reput tulang lah
kurang berminat buat biskut
dari buat kek




nah dah duduk bawa balang dia
sekali dia duduk setengah abis
makan lah nak
nanti kita buat baru yea




budak selalu ngelat if bawa buat biskut
mula2 je bersemangat
lepas tu complain panas lah
nak berehat 5 minit 
nak ambik angin ekon sekejap lah
nak pejamkan mata sekejap lah
seribu satu alasan





zzzyy


9 comments:

  1. cantek tart nenas kiub, menjadi.. comel je.. Tart nenas kalau hadap, memang tak sedar separuh tinggal especially kalau yang jem nya sedap dan kurang manis...
    Kami tahun ni tak buat kuih raya, oven rosak so malas nak bakar guna kuali..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah abis ni sis, tunggu cuti friday je buat baru. mmg sedap.. tahun ni sebab beraya ala kadar je, plan buat yg sedap2 meskipun complicated nak buat.

      Delete
  2. Tart nenas semua org sukaaa sebb sedap!

    ReplyDelete
  3. Comel jak tart nenas kiub. Kamek berangan polah inti kedirik alu sik jadi tat kamek. Haha

    ReplyDelete
  4. first time saya tengok tart bentuk cenggitu..
    comel jugaaa ya hehe.. adoi silap beli pulak. nampaknya kena pi kedai lagi cari cream cheese pulak hehe.. xpe la Lurpak.. sedap =D

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap.. tambahan pagi2 puasa nie. hehe

    ReplyDelete
  6. Nak cepat sangat sampai tersalah ambil barang😂.

    ReplyDelete
  7. ha ha ha ha tertido dgn tat nenas ke tu?
    best nyer tat nenas. thn ni satu kuih raya pun aida tak buat.
    dah oder dah sebenarnya. 6 jenis.
    one of it is tat nenas la. malangnya, pkp asyik bersambung.
    member tu dok kajang. good bye la kuih tempahan aida :(

    ReplyDelete

tq, peace :)