Assalamualaikum
Hai everything!! Dah masuk kerja ke tu? Aku dah ni hah. Cuti Raya sudah, Cuti Gawai pun sudah. So apa lagi, kerja lah kekiter meskipun masih dalam suasana PKPB.
Lagipun since PKP 1 lagi memang kerja juga. Cuma adalah once in a while WFH, bidang kerja aku kan, Bank, banyak mana lah kerja yang boleh dibawa ke rumah. Mostly P & C. Yang WFH tu term saja pun, selebih nya if WFH, memang totally cuti lah, Cuma Condition nya, WFH bermakna on call. Anytime boleh dipanggil kerja, so tak boleh pergi memana. And again, PKP, memang tak kemana pun. So if WFH aku memang duk tergoleng2 saja lah layan movie, Kdrama or if tak reput tulang, adalah baking cake sekali sekala. And sangat ralat sebenarnya, masa PKP, bukan main lagi boleh buat kek guna horlick, then bila nak restock tuk buat cake raya dan gawai, horlick menghilang dari pasaran Miri!! Yang ada pun memang tak sempat nak dapat, berebut orang beli. Yang lebih sadis lagi, mostly kek lapis Sarawak menggunakan horlick. End up, satu cake lapis pun aku tak buat. Buat cake Belacan, cake Lumut dan cake Mixed Fruit je. Yang menggunakan horlick tu aku buat versi horlick sendiri, blend nestum pastu campur dgn susu everyday. Ration dia 1:1. Boleh lah menggantikan tapi yalah aku kan biasa rasa horlick, buat dgn susu+nestum ni kurang umph lah cake nya. Masih ada cake yang nak dibuat, sangat berniat nak buat sebenarnya tapi tunggu stok horlick ada baru aku buat.
Ok, kembali ke topik asal. Sering terbaca juga tentang anak-anak tetamu yang mengucar kacir kan rumah kita, yang pecahkan barang2 kita dan last year yang viral, diorang jahanam kan collection lego tu. Oh i know sure dia sangat2 sedih dan terkilan. So far, kat rumah aku, takda lah kes camtu. Yang menyelerakkan bilik tidur aku adalah, tu pun sebab anak aku sendiri yang bawa cousin2 dia. Lagipun aku kan ada anak buah kesayangan, anak syurga. Tiap raya memang confirm lah berselerak bilik tidur. Tapi nak buat camna kan, biar je lah, tu kan memang kesukaan anak2 tuk berkumpul, adik2 pun suka main game kat situ. Nanti pas diorang balik, kemas dan vacum kan balik lah.
Sebab tu lah if kat rumah aku, if nak buat open house, aku sentiasa get ready dengan karenah bebudak ni. Yang mudah pecah, barang collection kesayangan, memang aku akan simpan dulu. Even divider cupboard pun aku himpit ke dinding je, takda retinya ber divider2, kang nanti collection kat situ diorang ambik buat mainan. Sofa2 sebolehnya, semua dihimpit ke tepi, so bagi ruang tengah luas tuk lalu lalang. Rumah aku kan kecik je, so kena pepandai2 lah peruntukan ruang.
Faham juga kan, memang ada tuan rumah yang akan hias rumah elok2 cantik2 which is for me, sesuai tuk tetamu 4 5 orang je sekali datang. Berbeza dengan budaya kat rumah aku, family will datang in a big group, sebab time ni lah tuk diorang berjumpa, bertanya kabar. Tiap tahun camtu. Kadang2 masa raya tu lah boleh jumpa semua adik beradik mak, cousin2 semua. Sebab if perayaan lain seperti Gawai, memasing akan balik kampung memasing, so memang jarang lah dapat berjumpa, unless pergi ziarah diorang, tapi tu lah logistic pengangkutan kat Sarawak ni susah, jalan raya ke kawasan pendalaman masih kurang memuaskan. Lagipun jauh nak pergi ke sana ke sini. Contohnya adik beradik aku lah, if Gawai memang diorang balik kampung isteri, so masa raya saja semua akan berkumpul kat rumah aku.
Nak expect rumah aku deco cantik2 masa raya memang takda lah. Cuma kena pastikan rumah bersih, sofa, curtain dicuci, disusun elok. Dan makanan banyak!!! hahaa!! Tuan dia kan memang kaki makan so tiap raya walau simple mana pun, if ada yang datang, aku try nak fullfil semua. Ada makanan tuk budak2, tak boleh pedas. Ada makanan tuk orang2 tua, selera kampung, ulaman, sambal belacan. Dan juga lauk raya lain seperti kurma/rendang daging, ayam kari/ ayam pansuh. And this few years, aku akan buat cake dan biskut sendiri. Takda beli2 lagi sebab aku seronok membaking. Lagipun if beli sebiji cake tu tak rega dia RM80-150 depend dengan jenis. Makin sulit or banyak lapisan atau campuran dia, makin lah mahal.
Kepuasannya if baking semua sendiri, kita boleh guna bahan premium seperti pure butter, cream cheese yang sedap. Lagipun boleh beli dalam quantity yg banyak dan boleh guna tuk buat pelbagai. Bukan lah bermakna if orang yang buat tu dia guna bahan cincai, cuma fefaham lah, cake versi tuk dijual, memang kurang sama lah dgn cake sendiri buat. If ada pun rega dia memang premium juga lah.
All and all, bagi aku Hari Raya selain dari meraikan kemenangan setelah berpuasa menahan lapar, dahaga, ianya juga antara hari tuk mengeratkan silaturahim antara kita sesaudara tak kira bangsa dan agama. Zaman sekarang kan memasing saling sibuk, takda masa even tuk menanya kabar berita. So masa berziarah tu lah kita eratkan kembali ikatan persaudaraan, persahabatan. Sebab if saja2 nak berziarah kekawan, saudara mara tu memang lah payahkan. Kita lebih suka menziarahi shopping mall kan 😊. Takyah kata orang lain, aku sendiri camtu. Sebab bagi aku, kadang2 tu, weekend if aku tak kerja, nak rehat, nak jalan2 cuci mata kat shopping mall. So aku rasa orang pun camtu juga, kang nanti kita ziarah diorang, terbantut lah program diorang kan.
Ni pandangan aku lah tentang rumah terbuka dan definasi raya. Lain orang lain pendapat, apa2 pun hak memasing kan. So, walaupun masih dalam suasana raya, disebabkan Covid 19, raya tahun ni just Stay at home. Jaga diri semua, jaga kesihatan, elakkan ke tempat tumpuan ramai. Kitajagakita.
zzzyy
hamboi sekali ko dah membebel bukan main panjang hahahha....
ReplyDeleteaku ni suka buat open house, suka masak dan bagi orang makan hehehe... tapi rumah aku lak tak la besar mana dan jenis takde perhiasan, aku bab deco-deco memang fail, jadi rumah aku memang cuma ada sofa 2 ketul dan karpet patchwork je... budak-budak nak bergolek silakan mainan semua aku simpan siap-siap sebab takmo mainan aiyan hilang kang dia bising hahahha...
ooooo sebab bahan utama kek lapis adalah horlick sampai takde stok yek kt sarawak... bila lah aku nak merasa kek lapis yang ko buat tu ek... mesti sedap naw-naw
haha sesekali kak kiah membebel. tu lah aku suka juga open house, suka tgk org makan2, perhiasan rmh aku pun tak byk, sebab mostly mainan dak ava, nak buang sayang lak.
Deleteaah mmg mostly bahan kek lapis sarawak resepi nya ada horlick.
belum ada rezeki lah tu dana kau makan kek lapis buatan aku, actually thn ni dah plan nak jumpa kau bawa kek lapis, bawa dak ava sekali, tapi nampak gaya semua cancel ni kerna Covid19, takda maknanya nak pergi jejalan masa ni
Betul, terima tetamu dgn hti terbuka, sebb tetamu dtg bwk rezeki dan membawa pulng dosa tuan rumah
ReplyDeleteaah kan sis, bila open house org datang ramai2 sgt seronok.
Deletekita xboleh nk kawal perangai ank2 tetamu camne.. jd kene get ready jela..
ReplyDeletemcm umh sy umh papan so akn panas bila siang..
jd kalo buat open house mmg buat kat luar jela.. hihi..
tu lah ezy, anak tetamu mana nak tau camner kan, lagipun dh bebudak mana diorg faham, marah sampai berdarah pun takda maknanya. kita yg kena bersedia, simpan memana brg yg fragile. best juga buat kat luar tu ezy, bebas bergerak.
Deletekami kalau buat open house memang ala kadar je la. takde nak deko sangat. seadaanya je la..
ReplyDeletekan. tapi suka juga tgk rumah org yang betul2 dihias, ada sorg kwn tu if xmas mmg cantik deco rmh dia dgn lampu liplap. suka tgk tapi bila nak buat masa raya cam tak sesuai lak, ramai bebudak, kang tersangkut kat lampu liplap, buat hal pulak 😁
DeleteBila cerita tentang raya, rasa rindu pula nak merasai kembali bersilat di dapur sediakan macam2 juadah untuk sambut tetamu. Keluarga suami memang sporting habis, pandai layan diri sebab kita memang dah tak terlayan. Biasanya open haouse, saya buat beberapa kali. Selain keluarga dan jiran, open house hari lain untuk rakan sekerja. Untuk murid2 pula, memang kena janjilah tolong masak di dapur, dan boleh balik lepas selesai cuci pinggan ...heheheee tak larat buat sendiri sebab ramai sangat! Biasanya mereka datang pagi, balik petang... macam-macam kaum yang datang!Best!
ReplyDeleteaah saya pun ada kala camtu juga amie. open house beberapa kali sebab nak sembah panjang dgn tetamu. if semua sekasali mmg tak dpt nak layan lah. selalu ada adik2 dan ipar duai yg tolong jadi penyambut tetamu.
DeleteSambut raya dalam norma baru time PKP ni.
ReplyDeleteRaya tahun depan bolehlah balas dendam
tu lah wak, taun ni mmg mkn sekeluarga je.
Deleteinsyallah thn depan boleh buat cam biasa
hehehe
ReplyDeleteraya tahun nih selamat lagi
raya tahun depan kena berhadapan dengan kanak-kanak buas
hehehe
hahaaa!!! selamat duit raya tahun ni. tuk thn depan dah boleh simpan budget 😁
Deletekan 😁
ReplyDeleteBab rumah terbuka ini memang macan2 isu.. Sha memang tak buat rumah terbuka.. Selaou rumah MIL lah tempat berkumpul sejak parents Sha sakit dan mejinggal memang tak buat dah.. Kalau berkumpul pun adik beradik je tapi tak cukup sesaja, masing2 dah kawin dan ada komitmen kan.. Tahun nie lagilah tak ada.. berdua je dengan yang bongsu sebab kami je dalam negeri yang sama..
ReplyDeleteAdoi.. typo sangat nie.. hahaha..
Delete#selalu #meninggal
kat sini pulak memanjang cream cheese xde..tak membakar lah jawabnya. hiasan rumah biasa-biasa je. tahun ni xde lah open house =__='
ReplyDelete