Tuesday, February 8, 2022

Leave use wisely

 12.35 morning
baru pas makan megi
fuhh! lama tak makan
first time tuk 2022 rasanya
[again, im not a megi person]

takda ambik dinner
sebab rasa cam kenyang
tapi bila dalam 11.30pm gitu
nyanyi2 lak perut
ingat boleh cure dengan minum air kosong
rupanya masih nyanyi lak
tu lah yang layan megi tetengah malam

hari ni aku saja cuti
anak aku group B sekolah
so arini layan dia lah

dah sampai sekolah 6.15am
ada breakfast date dgn bff zaman sekolah dulu
nak pass baju prelove dak ava
if dia taknak pakai tuk anak diath
suruh dia bagi saudara mara 

tu 2 pasang kurung yg kanan tu
bukan prelove lagi
memang belum diguna langsung
cuma dah dicuci je
asalnya baju tu tuk kelas KAFA dia
then pkp start
disambung dgn PDPR
semalam testing
fuh!! masih boleh masuk 
tapi tak boleh duduk
ketat!!

sayang tengok kain kurung cotton
jenis yang saya suka guna tuk kerja hari2




yang sebelah lak ada yg dah pakai
tapi mostly memang jarang lah pakai
sebab sekolah mana guna baju kurung
if jejalan pun guna jean & blouse je
ada yang guna masa hari raya je
pastu raya tahun depan
dah pendek lak


pastu bagi kawan juga sepasang baju kurung baru
size ngam tapi tah kenapa tak muat aku
sebab cutting kot
dan sepasang lak
size yang terlalu besar tuk aku
pun sama2 belum pernah pakai lagi

actually banyak lagi  baju prelove ava
yang cantik2 aritu aku nak jual prelove
tapi terbantut niat
dah senarai kan online kat FB
ada yang berminat dah
awal2 tulis takda hantar
if nak ambik, just ambik kat town centre
anytime hari bekerja

prelove RM15 discount lagi RM3
jadi RM12
nak aku hantar jauh lak
kan awal2 mmg dah bgtau memang takda antar
last2 deal semua tak jadi
hahaaa.. 
takda minded business langsung kan

ok berbalik ke kisah hari ni 
seawal 6.45am aku dah duduk kedai kopi
kedai dah buka tapi servis start 7am

pekena laksa sarawak
dan break kaya + peanut butter
serta kopi panas
which frust juga kopi nya suam
i hate it!!!!
tak suka tau if minta kopi
then diberi kopi suam
tak sedap
takda feels nak minum







pastu kena goda dek nenek tua
yang berjual jajan kering
beli lah kuih ni RM10 sebungkus
kesian lak tengok orang tua tu
terus imijin if mak sendiri
yang terpaksa terbongkok2 berjual
sanggup anak2 tengok dia camtu
😪😪😪😪😭😭😭😭





pastu SIL dengan cousin dia join breakfast
kawan aku si Siti Nurhaliza tu
belum juga sampai2
memang nama dia camtu ek
bff since form 1
berpuluh tahun dah berkawan
dulu kita kat sekolah digelar 5 sekawan
5 bff selalu bersama

selepas breakfast dan berjumpa dgn cik Siti
aku lepak lagi dengan kawan2
yang kerja kat DHL tak jauh dari tempat tu
adalah dalam 45mins aku potpetpotpet situ
baru sedar diri
oiii orang nak kerja oiii
bukannya cuti cam aku
heheee
nasib baik dorang takda customer masa tu
bila first custome dorang datang
aku blah

nak pi Digi nak buat supplement line tuk dak ava
Digi masih tutup lak
nak ke kedai accessories tepon sebelah dia
masih tutup juga
then ke kedai accessories kereta
tukar antena pemancar radio kereta
yang dah patah retak
tengok kat shoppee
kurang dari rm10 pun ada
tapi malas nak tunggu
kan turun keja takda radio lak
pejam mata je lah bayar rm30
benda yg sama
rega yang jauh berbeza

malas fikir
terus pii melawat dak ni, si totom
rindu lah nak cium2 dia
sakat2 dia
kebetulan mak since jumaat dah bermalam kat rmh adik
so lepak2 sana lah sementara tunggu
nak jemput dak ava 12.20pm





dak ava balik
of course nak pi makan faberet spot dia
nasi ayam penyet ria
dia makan ayam penyet goreng
aku makan suhun sup ni
tah apa nama menu
perut dah kenyang ni
semua lupa




past makan pergi DIY
dak ava nak beli scrap book 
dari last week dia dah nak beli
aku malas nak jejalan
hari ni since dah keluar
terus beli 

pastu baru balik rumah



zzzyy


8 comments:

  1. Yoh kak.. Lamak x pekena laksa sarawak tok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun lama tak perkena, puas hati sebab kat kedai ni memang sedap

      Delete
  2. Kopi suam memang ke laut rasanya. Sakit hati kan. Nak minum pun segan, baik minum air suam kosong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah amie. mmg takda feel minum kopi suam. tapi if kopi tu suam dari air yang panas ok, tetap sedap sebab dah sebati time air panas tadi. ni bancuh dgn air suam, mmg ke laut lah

      Delete
  3. Replies
    1. sedap wak, lebih2 kat kedai ni, kebanyakkan menu dia memang sedap

      Delete
  4. Aduh.. sedap-sedap makanannya.. Sayang dealnya tak jadi..
    Sha pun tak suka kalau minta panas dapat suam..

    ReplyDelete
  5. baju anak-anak ammi pun banyak yang nak disusutkan dari rak..tp malasnya nak duduk bersila cari satu persatu

    ReplyDelete

tq, peace :)