Monday, November 7, 2022

Family Holiday_KL & Genting Highland (Part 5)


assalamualaikum

hello2


bersambung lagi ke entry percutian KL & Genting
tak habis lagi ni weh
asyik reput tulang je rasa nak update
rasa nak berhenti setengah jalan pun ada
tapi fikir ada yang mengikuti entry tu [kot ada lah]
kena rajinkan diri buat juga
bagi yg tak ikuti entry tu
boleh clik kat labeh Family Vacation
ataupun tuk yang previous entry
click kat  sini
 or

hari terakhir kat kl sebelum ke genting
kita explore Aquaria
semua complain sakit kaki jalan
tapi tu lah buktinya
kita dah berseronok2an

next day selepas sarapan semua
kemas2 bilik 
even semua towel pun aku siap basuh dan dryer
sayang nak tinggalkan apartment cantik ni
next time pergi kl dgn family
boleh stay kat Superhero hideout apartment ni lagi

kita ke genting dengan van yang dah awal2 aku book
dorang hantar pergi dan balik ke genting for RM650
mahal ke murah tu??
bagi aku ok lah reasonable
 tak perlu susah2 sewa kereta or van or apapun
kenderaan yang mampu occupied 9 orang penumpang
ada yang cakap if drive sendiri mungkin murah
alaa if aku yg drive
tak pasti lagi aku mampu ke tak keluar dari kl tu
even guna waze, apa2 application pun
aku bukan driver yang smart guna application direction ni
mungkin boleh try
tapi aku taknak ambik risiko bawa family ramai2


bila sampai di genting
pertama kali perut kena isi
dah bernyanyi lantang
adik awal2 dah google
tengok review elok je kat kedai Makanan Enak
kedai masakan cina muslim
ngam sangat dgn selera 
yang suka jenis masakan cina
harga pun berpatutan
dengan portion yang banyak
sangat puas hati
tuk cari list kedai makan di genting
boleh melawat sini


kita tinggal kat 7Stonez Suites Geo38
ambik apartment yang 3 bilik juga
kali ni duk kat tingkat 27
permandangan yang super cantik!!






apartment pun cantik and so comfy


ruang tengok tv






dapur dan dinning table
sangat suka sebab ruang ni sangat terang
semua dikelilingi jendela
meskipun gayat aku tetap suka
bila malam just tutup dgn langsir





yang ni lorong ke bilik tidur
pintu cokelet kiri tu entrance
ada dua pintu kiri tu juga
tandas dan ruang terbuka tuk buat laundry
ada washing machine cum dryer
tapi sangat slow or aku tak reti guna
aku lebih suka yang terpisah cam kat apartment earlier

kanan bilik aku dan ava
ada sebuah queen bed 
pastu tu bilik mak dan apak
lebih besar, siap ada bilik mandi lagi
yang pintu ujung tu master bedroom yang sangat cantik bagi aku




bilik aku dan ava
kecik tapi suka sebab ekon dia sejuk
aku ni antara yang hot blooded
tak suka if ekon sejuk
tho kat genting ni
masih perlu ekon






bilik tempat mak dan apak
besar! tapi ekon kurang sejuk






pemandangan yang cantik juga
especially pepagi
yang cermin frame hitam tu actually pintu bilik mandi
sangat suka konsep camni
dijadikan cermin serta pintu sekali
such a creative deco




yang ni kat master bedroom
permandangan cermin yang cantik juga
tengok yang tilam nipis dan comforter bawa tepi tu
tu tempat totom n titim tidur bersama nenek dorang
mak ayah atas katil sebelah

macam ni cara kita buat dorang berdua selesa
anak istimewa ni suka tempat sempit2
tu lah setiap kali cek in
kita akan buat ruang tepi2 katil tuk dorg rasa selesa
dan dorang tak suka tidur atas katil
mesti kat atas lantai juga
tu lah kat apartment pertama yang kat kl tu
kita kumpul semua comforter tuk dijadikan tilam
sib baik banyak so sgt selesa lah



kat master bedroom ni juga
ada build in cupboard cermin
yang memang aku idamkan
[nanti if nak deco rumah boleh tiru cmni]
ada bath tub juga
tapi bebudak tu sempat beremdam sekali je








selepas selesai cek in semua
saya dan adik pii kedai tuk beli brg2
yang boleh buat masak2
asalnya cari daging sebab masih terasa
kesedapan kari daging yang aku beli semalam
masalahnya takda pun
last2 angkut sekotak air mineral dan beli limau sunkist dan salak
earlier masa nak pergi cek in tertengok org jual durian
tapi bila cari takda lak
dah balik kot sebab masa pergi dah petang


malam tu kita pergi dinner kat kedai berdekatan
bila tengok dari hotel tu cam jauh je
tapi sebab ada jambatan tuk shortcut
dekat je

ni jambatan penghubung antara dua bangunan hotel
keluar ok je 
if masuk kena scanned kad hotel 
masa ni totom n nenek dia tinggal
sebab totom tengah tido



dorang pergi lah layan makanan kat chinese restaurant
saya dan dak ava lepak sendiri2
kita pergi kedai hypster
dah dasar peminat kucing kan
harus lah pergi ke kedai berkonsepkan kucing




cute deco dinding dia
sayang takda kucing sekeliling
if ada lagi best kan




terpengaruh dengan perangai mami dia
dak ava pun dah reti nak ambik pic
tengok tu khusyuk ambik
nak buat kat status Whatsap lah tu





dah kedai hypster 
harus lah layan makan pun cam bebudak sikit
hahaaa... takda lah
yang nuget , chip tu semua
dak ava yang nak
aku setia dgn faberet, masakan ayam
makan chicken chop blackpepper sauce






pastu balik apartment nyanyi2
sebab perut kenyang hati pun senang
bersambung...............

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)