Tuesday, July 4, 2023

Resepi Nasi Hujan Panas

 

selama ni tengok org buat nasi hujan panas
cantik je kejadiannya 
terutama warna yang warna warni
tapi tak pernah lak google 
or search camna org buat
suka tengok gitu je

hari raya aidil adha yang lalu
adik nak masak rendang
nak makan dengan kelupis
tapi mak takda di rumah
dia duk rumah adik sekejap
tolong MIL adik jaga budak2

saya pula tak reti nak masak nasi pulut
tuk dijadikan kelupis
membungkusnya saja saya dah fail

so tukar plan 
nak masak nasi minyak
tapi ehh lupa beli kismis lak
tak lawa nasi minyak takda kismis
[tu anggapan aku lah k]
rasanya ok je pun walau takda kismis kan


ambik 5 cawan beras bashmathi
cuci bersih2 dan tos kan
tumis rempah 3 sekawan
menggunakkan 2 sudu besar ghee
bersama bawang putih
bawang merah
halia hiris2
daun pandan 3 lai


aku guna basmathi yang ni
lembut dan tak mudah patah biji nya
and of cos 
kena hati2 juga masa alih2 kan nasi
guna garpu






aku guna cup yang 250ml
5 cawan beras
8 cawan air
secawan susu cair

mulanya aku guna ration
5 cawan beras
6 cawan air
1 cawan susu cair
then masih mentah nasi nya

aku lupa yang aku guna measurement cup
tuk buat kuih
bukan guna cup periuk karan tu sendiri

alhamdulilah adjustment menjadi
aku sebenar dah cuak
dlm fikiran siap lah aku
if nasi ni tak menjadi
mau tak mau 
kena makan dengan nasi putih saja lah gamaknya

and the result is


nasi basmathi perfectly cooked
rasa nak lompat2 katak pat puluh kali
sib baik cepat sedar diri
jgnkan pat puluh kali
pat kali pun belum confirm lepas
😜😂😃😄


bubuk 3 warna je
merah, hijau dan biru






selepas alih2 guna garpu
cantik kejadiannya
salah seorang SIL aku yg noob bab masak memasak ni tanya

kau masak beberapa periuk ke
pastu kau campurkan?

idak lah
satu periuk je

bis tu camna warna leh cantik camtu


(tunjuk kat dia gambar pertama)


owwwhhhh.........


seriously dulu pun aku ingat camtu






dan sebagai pengemar tegar tupperware
hati berbunga2 bila dapat guna bekas ni
sesuai sangat tuk simpan nasi ni







auuuww so comel
first time aku guna since beli bekas ni
sekali lagi
rasa nak lompat2 katak
mak2 tentu faham rasa tu kan
bukan nak menunjuk2
tapi happy sangat 
bila rasa cam jumpa je 
bekas yg sesuai sgt2
dengan barang yg nak disimpan dalamnya





begitu lah ceritanya
first time masak nasi hujan panas
mungkin resepi aku berbeza dari resepi lain
takda yg betul takda ya salah 
just tepuk dada
tanya selera
resepi mana yang nak guna
resepi ni aku dapat dari FB
simple, senang nak masak
dan yang penting
mak aku kata sedap
[sebab mak bukan jenis yg suka
nasi2 camni]
dia menten suka nasi putih
tapi kali ni dia makan banyak
dia kata sedap

alhamdulilah

4 comments:

  1. Faham, masak special pastu letak dlm bekas special cam Tupperware tu mmg feeling dia lain hehe ... Overjoyed!

    ReplyDelete
  2. lawankan dengan apa nasi tu kak? nampak helok kejadiannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa dgn ayam masak merah tapi since adik masak rendang ayam. ok menjadi juga. sedap!

      Delete

tq, peace :)