Wednesday, July 17, 2024

Cuti Gawai Part 3

assalamualaikum


bersambung ke next episode cuti gawai

setelah 2 malam kat kampung SIL
(kita sampai hari ahad)
kita plan nak ke kuching dan Serikin

so kita berangkat hari selasa
dari pantu terus ke serikin
about 4 jam drive
Serikin ialah boader 
antara Sarawak-Kalimantan juga
bila dah sampai
tengok 1 je kedai buka
ehh mungkin sebab dah around 3pm
org dah balik kot

sekali.......
isshh!!!! cisss!!! ciss!!
Serikin beroperasi hujung minggu saja
nasib baik ada kedai jual craft tangan buka
tercapai juga hasrat nak beli tikar
aku beli 1
bapa beli 1
adik beli 1
RM450 each

yang ni paling besar
depan ni
dan hujung sana tu
tgh2 tu kecik
mak beli earlier
masa ikut adik awal tahun 





ada juga beli kebaya indon
seorang sehelai
ok complete!!
takyah tunggu weekend lagi
apa yg ditarget semua dapat
meskipun agak ralat
sebab tak banyak pilihan
tapi boleh dapat big discount
sebab penjual takda pilihan
so senang nak tawar menawar

tikar ni dari rm650 
sebab beli 3 ok je  rm450 each
if weekend
kau taknak rega tu
ada ramai lagi tak kisah 
so discount dia tak banyak


settle di serikin
kita drive ke kuching
otw, sempat juga 
pii ke gua angin
gua tu adalah temple
tak besar
tepi jalan je
so kebetulan masa kami sampai org pun tak ramai
hanya ada serombongan pelancong china










mak, apak SIL
aku dan mak
kami berempat masuk tengok2 dalam tu
tokong kecil
bersih, masuk tak boleh guna kasut
pas bergambar sekejap
then kita blah
letih dah ni
seharian dah drive keluar rumah
tambah cuaca yang panas

di kuching
kita check in kat merdeka palaca
apartment 3 bilik
meskipun hotel tersergam indah
tapi biliknya agak lama
takda apa sangat
kita tinggal semalam je
pastu plan pindah ke apartment lain






lepas rehat2
kita pii ke top spot
tempat makan seafood famous di kuching

nak senang keja
kita guna je grab
tak larat nak driving
kereta parking je kat parking hotel




macam2 nak order





kerang
ambal
ikan siakap
udang
oyster omelete
mixed vege
black pepper beef
satay
kuih muih

rrm340 saja
if kat miri
confirm lebih rm500

balik hotel 
perut kenyang hati senang
of course tido awal
sebab seharian on the road
esoknya bangun agak kelewatan
takda apa tuk breakfast
kopi pun 2 3 sachet saja hotel ni bagi

apa susah
panggil lah abang food panda
so pagi tu breakfast ala kadar kat hotel je
nanti selepas check out
baru cari lunch


sebelum check out
jom berjimba!!
kita ambik gambar!!








plan hari ni nak ke india street
dekat je pun dari hotel
hanya seberang padang merdeka tu
tapi memandangkan bapa 
tak dapat nak berjalan sangat
so kita guna grab



seperti biasa suasana kat india street
memang agak ramai orang lah
tumpuan pelancong
meskipun takda apa sangat
but then meskipun takda apa sangat
aku beli kebaya nyonya

mak 2 helai
aku 2 helai
dak ava 1 helai
harga??
tah lebih murah or tak dari di miri
tapi bergegar je tangan masa membayar
lebih dari sebelah jari
but fine!
apa yg selalu nak dibeli dah dibeli
baju kebaya ni 
biasanya biasa ada function family
so sibuk lah nak dress up kebaya sakan
lebih2 lagi in this age
mmg biasa kitaorang guna kebaya 
if ada keramian


so selepas settle kat india street
kita lunch kat kedai mamak 
no so tasty to share
just ok2
aku tak excited nak ambik gambar pun

then kita pindah hotel
kali ni pindah ke boulevard apartment
which is much2 better dari apartment sebelumnya




ada 4 bilik tido
ruang tamu besar
bilik mandi 3
ada mini kitchen
but seriously
aku takda masa nak enjoy the apartment
sebab selalu busy body berjalan

bersambung....












 
 

8 comments:

  1. Berkumpul ramai-ramai seronok, makan besar...jalan-jalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. esp part mkn2 mmg best, rebut2 lagi best

      Delete
  2. nanti share lah orang tu punya kebaya tu.... mesti lawo
    seronok oiii shopping kak oi

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2, ada kisah juga kebaya tu tau. beli2 sekali tinggal kat rumah mak SIL tak bawa ke miri. dah tu langsung tak ingat, bila mak sil kol kata tinggal baru ingat. adoooiii

      Delete
  3. Replies
    1. aahh. quality time ni sis sebab tak selalu dpt berkumpul camni

      Delete
  4. Eh cantik nya tikar tu.... Suka tgk :D

    ReplyDelete
  5. Saya sukaaa lihat motif tikar itu 😍. Warna pun bagus, kecoklatan jadi lebih natural . Tapi tuhlaah kalo kesana, susah juga nak beli tikar bawa jakarta 😅.

    Waaah menu sebanyak itu, hanya habis 340 memang murah 👍👍👍. Di sini pun kalo dah seafood, confirm pasti mahaal habisnya. Ramai pula.

    ReplyDelete

tq, peace :)