Sunday, April 13, 2025

Aktiviti Sabtu

 sabtu 

kerna semalam dah shopping groceries
cadangnya hari ni nak duk rumah je
tapi pagi tadi
lepas aku mandikan 6 ekor anabul
perut lapar semacam
malas nak masak2 
sebab dah sakit pinggang berdiri

pergi masak2 kat kedai je lah kekiter
dan sebab semalam masa lepak
minum dan makan rojak buah
ternampak org makan nasi ayam stim
terus teringat-ingat

makan ayam SCR
setengah ekor mix, goreng + stim
puas hati!




tengok menu lelapan 
terus rasa nak berulam lak
masa nak order
tengok org angkat orderan laksa dia
terus order laksa
dan lelapan tanpa nasi


lelapan dia
sambal tak best
ikan lak dah berbau
makan ulam je






nah laksa
terpengaruh tengok
orang yg baru order
terus nak juga
nasib baik tak mengecewakan
sedap dan licin!





dan sebab semalam ada beli tauhu
tapi belum masak
turut order juga





aku cakap kat mak
lama aku tak makan kat kedai
rasa semua nak

menipu je keja kan!!!!
cakap je malas masak
muahahahahaaaa!!!


abis makan terus pergi beli bubuk
10kg for rm25
30kg sekali beli
tuk buat belacan!

stok lama dah tak banyak
almaklum lah 
family aku suka berulam
even masa rasa ulam2an
antara menu yg dihidangkan


sampai je kat rumah mak dan apak
terus uruskan bubuk
aku lak babysit si arin
bersama kertam






layan 2 movie kat netflix

pusaka
guna-guna isteri muda

oklah
lama tak layan cerita dari indonesia


6 comments:

  1. Selamat menjamu selera. Laksa Sarawak ke tu? Saya suka makan laksa Sarawak, laksa semenanjung saya tak makan. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah laksa sarawak. kat sini recommended, sedap laksanya

      Delete
  2. Lama tak makan di kedai sbb bulan puasa sis hehe...
    Bubuk tu apa? Udang kecik² barangkali 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah sis, puasa mana lah nak mkn kat kedai even bebuka pun hanya 2 3 kali je bebuka kat kedai. bubuk tuk udang kecil2 tuk buat belacan

      Delete
  3. Laksa Sarawak memang laksa terfavorit saya dibanding banyak laksa di Malaysia. Nomor dua baru laksa Melaka 😄👍.

    Comelnya 2 anak di atas.😍😍😍. Pandai si hitam jaga adiknya 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, saya pun, byk2 laksa, laksa sarawak masih tersedap di tekak. Hitam, kucing yg sgt lovely, buat apa je dgn dia pun dia tahan je kecuali makan ubat! hahahaaaa..

      Delete

tq, peace :)