Baru lepas lunch cum dinner. Hari ni mungkin disebabkan cuaca yang sejuk, aku takda mood nak masak memasak. Dari pagi sampai lah sebelum lunch cum dinner ni aku hanya makan 3 bungkus biskut dan 2 gelas kopiko. Tadi masa chat dengan SIL cakap arini aku minum je takda makan, ayam memang dah di keluarkan dari aisbox tapi tatau nak masak camna. SIL cadangkan masak je dalam oven so takyah nak tengok2 just on timer je. So here the chicken......
Seketul dada ayam yang telah di marinated dengan bawang putih halia lada hitam garam aji dan gula. Diperap selama 10mins sebelum dimasukkan ke dalam oven.
Ni yang dah masak. Aku suka part yang hitam2 tu. Rangup! Tapi dada ayam ni if dibandingkan dengan sayap ayam agak kurang sedap lah bila dimasak dalam oven. Sayap dia tu amatlah sedap!
Dan mungkin kerana kemalasan tahap maksima tambah leka tengok cerita jurasic park yang dimainkan 3 movie sekali dan leka di depan PC aku telah pun memasak periuk antik aku hingga hancur dan berlubang! Kenapa aku kata antik? Sebab ni lah periuk yang pertama aku miliki sejak aku hidup berdikari lebih dari 10 tahun yang lalu. Beberapa kali dah aku berpindah rumah, periuk ni sentiasa menemani. Kerana kecuaian aku, it have to say goodbye..........
zzzyy-haruskah aku mandi air bunga?





wah...menjadi ga neh....sedaaappp enti bc chelum ..nama kess periuk nn kenya kak?dashyat mai.hahahha
ReplyDeleteover pandai masak ndut sampai periuk pun dijadikan resepi!
ReplyDelete