Gambar aku ngan mak apak, aunty & uncle (dua2 beradik mak)
Oh ya, 1st thing i do when i wake up this morning, sms my Apak. Wish him Happy Father Day. Semoga sentiasa sihat walafiat. Kali ni tak seperti Mother Day aritu, tak boleh nak bawa Apak jejalan makan2. Dan takda bagi apak apa2 pun. Tengah darurat tahap maksima. Banyak tul benda berlaku bulan ni tambah banyak pulak commitment yang perlu di layan. Half dead!
Ngah menikmati kehijauan alam dan kebiruan langit.
Aku dengan apak tak lah rapat sangat sebagaimana aku dengan mak. Tapi aku tau aku antara anak kesayangan apak. Masa kecil2 dulu dia sanggup buat apa saja tuk aku termasuk cari apa2 saja yang aku idamkan nak makan. Aku ni kecik2 dulu spoilt kid sebab aku seorang je budak dalam family. Beza aku dengan adik ialah 6 tahun, so bila start sekolah baru lah adik ada. Aku berdikari tapi spoilt kena manja dengan mak apak aki dan inek. Terutama bab makan. Apa saja aku nak mesti dapat even kekadang kena cam meroyan merengek dulu baru lah dapat.
Kulit apak sangat hitam, kawan2 suka panggil dia Bugis.
Hahahaa!!!
Hahahaa!!!
Apak ni cool dan tak banyak cakap. Masa muda2 dulu memang dia garang ah tapi sekarang mungkin tengok anak2 pun dah besar, dia dah tak mampu nak garang2 lagi. Tapi aku tak suka dia kuat merokok, kita larang pun takda makna nya gerenti tak dengar. Pastu batuk2. Aiyak! Susah tul nak menasihati orang tua kan. Apa2 pun asal dia happy.
Apak suka makan ikan terutama kari kepala ikan or ikan masak asam pedas. Minum suka ice lemon tea, makan mee goreng dan suka kuih pau. Dia bergambar takleh senyum mesti serius tutup mulut sebab gigi depan takda!! :)
So sempena hari bapak ni, aku doakan apak sihat sentiasa, nanti ekonomi aku dah okay, blackie dah keluar dari ICU kita makan stimboat yaaa. All the best and love always.......
zzzyy




Kasih apak enda mam musai saritu..enda ngawa, nganti seduai bc nurun ke miri :)
ReplyDelete:) hehehe agik mayuh chance
ReplyDelete