Sunday, July 26, 2009

Jgn Sedih Ketawalah Selalu...........



First of all, sama2 lah kita buat seperti yang tertera kat baju diatas. Ni tadi aku tengok masa aku pergi Emart. Nice words yeaaa...

As i said earlier, hari ni aku nak berjalan2 and tadi aku pergi rambu ramba dengan SIL. Sementara menunggu SIL turun dari quarters, aku lepak makan breakfast mee jawa special. Takda yang special sangat pun cuma taruh ayam goreng tu. Antara mee jawa yang sedap di Miri.



Pas uruskan something, aku and SIL pi lah Emart, salah satu tempat yang sangat sibuk sekarang ni, about 10km dari bandar Miri. Tempat yang sangat strategic dan sedang pesat membangun. Lebih dekat dengan Brunei jika dibandingkan dengan bandar Miri. Pelbagai ada disini, Supermarket, Tamu sayur yang sangat besar, market basah dan macam2 lagi. Dulu kawasan ni adalah kawasan perumahan kos rendah dan sederhana tapi sekarang ni dah jadi tempat perindustrian dan rumah2 high class, cuma masalahnya adalah jauh dengan town area dan tempat pusat orang bekerja. Lagipun sistem jalanraya nya agak terhad, hanya ada 2 hala yang boleh dilalui tuk keluar dari area ni. Tu lah sebabnya sentiasa traffic jam.



Ni adalah slipar2 yang comel menarik perhatian aku kat salah satu kedai. Tadi ada promotion Astro siap ada Batman. Ingatkan nak snap picha dia tapi bila aku datang balik pas pergi toilet, batman dah hilang. Ala melepas.....

SIL ada lah shopping sayur2an. Aku? Hah!!! Jalan jauh2 hanya dapat seketul benda ni...



BELACAN!!!!!
Hahaha!!! lately selalu makan sambal. Sebabnya..... aku tak suka makan sayur tapi aku sedar aku harus makan sayur so.. tuk memenuhi kehendak tubuh yang harus makan sayur tu, aku makan ulam2an lah ya.
Yang ulam2 ni aku suka. Sayur.. tak suka.

Sebelum balik lepak kedai mamak jap.
SIL makan nasi beriani dan teh tarik halia.



Aku lak pekena kopi tarik (Kopi lagi)
dan makan dengan bun yang aku beli kat
Hot Cross Bun early this morning.



Kopi tarik yang kaw! Refreshing!!



Cheese bun yang gebu.....



Haruslah di peyek2 sebelum di makan.
My habit memang camtu. Suka kempis2 bun tu dulu sebelum makan. Kadang2 siap tepuk2 dulu dengan kedua belah tapak tangan.
Lebih sedap dinikmati :)

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)