Thursday, September 3, 2009

........

Ni hari ke 3 internet line aku sangat2 slow. Berjam2 duduk depan PC just tunggu je. Aku dah betul2 fed up dengan broadband ni. Abis je contract 1 year nanti, nak tukar maxis or digi. Dah tak dapat dah bertahan dengan service teruk celcom ni.

N3 ni nanti tah berapa jam aku kena buat. Mana taknya asyik2 server not found. Dah tu main mafia, dalam loading tu siap kena rompak berkali2 lak aku. Nak simpan duit dalam bank tak sempat, asyik meloading je. Dalam 2 jam online tu, rasanya stengah jam je ok. Nasib tiap2 hari siaran channel 105 main cerita yang menarik. So sementara tunggu page loading, aku nganga gak tengok tv. Sejuk gak hati yang sedia kala panas.

Minggu ni takda yang menarik sangat. Kat office on and off kebusy'annya. Kerja tu memang lah sentiasa banyak tapi if takda yang urgent, aku buat lenggang2 kangkung walaupun demikian aku kena make sure aku selesaikan sesuatu kes tu dalam masa yang singkat. So kena lah balance kan memana yang penting dan tak berapa penting.

Talk about kerja, kadang2 aku seperti tak percayakan diri sendiri, kemampuan sendiri. Bertapa besarnya tanggungjawab dan kepercayaan orang awam terhadap apa yang kita lakukan. Harta benda dan duit mereka cagarkan tuk kita uruskan.

Masa aku mula masuk kerja dulu aku baru je 18 tahun, masih amat muda, abiskan sekolah terus kerja. Almaklum lah mak bapa tak mampu nak sekolahkan hingga ke peringkat yang lebih tinggi so the best solution ialah kerja demi tuk membantu keluarga. Aku tak kesal kerana tak mampu melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading, malah aku amat bersyukur, dalam usia yang masih mentah aku dah dapat berdikari dapat membantu keluarga dan mendapat apa yang aku ada sekarang hasil titik peluh sendiri. Syukur alhamdulilah :)

Hujung minggu ni agak slow down skit. SIL balik Kuching melawat mami, uncle dan BeeBee. Ahad baru dia balik. Mak dan apak lak akan datang esok and next week end baru happenin. Dah plan nak sambut birthday 2 bro 2 cousin and 1 uncle.Semua birthday diorang dekat2. Plan BBQ dan makan2 tambah lah adik yang lama kat offshore akan balik ari selasa. And next monday gak aku ada kerja 2 hari kat Kuching. Yahoo!!! sambil tu boleh gak aku enjoy2 skit. Kuching here i come!!!!


zzzyy-Bila kita melukai atau dilukai, biar seribu kemaafan
tapi parutnya tetap ada..........

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)