Tuesday, September 1, 2009

Hoh! Hoi! Hah!!

HOH!!!! LINE CELCOM TERUK DI TAHAP MAKSIMA!!!! TUAN2 DAN PUAN2 JANGAN GUNA BERUKBEN!!! Since 6pm aku try online asyik reconnect je kerja. Ngadap PC dah 2 jam tapi satu pun takda hasil nya. Kang nanti dengar or terbaca kedai celcom tu kena bakar, jangan hairan. Aku adalah antara pembakarnya dan aku duga ramai lagi yang lain2 turut menyokong.

Hari pertama kerja selepas 3 hari public holiday. Sangat malas terutama masa bangun pagi. Mata cam digam taknak buka. Bersungguh2 mengigihkan diri baru bangun, tu pun jam hampir 7.30am, hoi! another hour tuk masuk keja.

Sampai kat office muka semua tak ensem. Monyok2 je, biasalah first day after holiday sure malas dan kerja pun sure busy. Nasib briefing yang sepatutnya arini tapi takda. If briefing gak sure ngantuk tahap maksima tambah dengan briefing yang sering cam tin kosong. Klong! Klong! Klong! berjela2 tapi isinya hampeh perkara yang sama berulang2.

Tengahari lunch aku dan Ani pergi boulevard beli sayur. Puasa ni berkobar2 lak rasa nak makan sayur hijau. Aku beli 5 jenis! Hah! Padan muka aku, makan sayur cam rabbit. Dan not to mention, lunch break aku pun makin memanjang. Sepatutnya sejam, tau2 jadi sejam setengah. Sorry boss, over excited tengok makanan.

Hari ni boss2 kecik belanja makan pizza hut. Aku tukang order. Tiap seorang dapat at least 3 slices but aku dapat 5 slices. Hehehe... upah susah payah mengagihkan pizza2 tu. Balik rumah buka puasa dengan 2 slices pizza! Tapi makan gak nasi sebab lauk sedap arini. Masak ayam sup dengan pumpkin. Sedap!!! Kembang kempis hidung makan.



Alamak! Aku dah nguap. Baik tidur. Cam buaya lak. Kebetulan baru je abis tengok cerita Lake Placid, buaya besar2! Nama Martha, George Jr dan Max. Heh, gila orang tua yang inang buaya2 tu.

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)