Friday, October 30, 2009

Jumaat, well seperti biasa aku memang suka Jumaat. 2 days off sebelum start baru on isnin. Hari ni adalah hari terakhir bulan October. Dah sepuluh bulan berlalu dalam tahun 2009. Apa yang telah kita achieved? Apakah perubahan dalam dan dengan diri kita? Adakah kita semakin kuat? Semakin tabah? Semakin matang dan semakin memahami asam garam kehidupan di dunia? Dan yang pastinya kita semakin tua..... Atau dengan perkataan yang lebih sedap didengar dan lebih disenangi, lebih matang. Kita lebih matang :)

Life aku takda banyak bezanya dari tahun2 yang lalu.Cuma yang pasti, lebih banyak makan asam garam dunia. Makin lali dengan sepak terajang tipu daya kehidupan. Atau kadang2 makin tabah dan makin kuat semangat. Yea, memang tidak dinafikan ada banyak kali jua aku akan jatuh dan termangu dengan keadaan. Dan sering di uji dengan berbagai dugaan, yang mana ada sebahagiannya adalah kali pertama bagi aku. Memang rasa agak menyakitkan, menyusahkan tapi bila iyanya berlaku pula kepada orang lain yang juga pertama kali seperti yang aku pernah alami, sekurang2nya aku tahu apa yang harus aku nasihatkan tuk orang itu.

Well, kerja pun aku rasa aku maju setapak dari kebiasan. Aku belajar dari bawah, dulu ground floor dan sekarang di first floor. No kidding k. Dulu kat tingkat bawah tu aku buat kerja yang totally lain dari yang aku buat kat tingkat pertama ni. Sifu aku pernah kata, sekiranya aku dapat menguasai segala selok belok dalam urusan di dept aku sekarang, my karier is complete! Aku dah dapat berbangga dengan bidang kerja yang aku ceburi ni. Yea, sekarang aku dah mula merasai kebenaran kata2 Sifu aku dulu. Aku takkan berputus asa, aku dah melangkah jauh dan tak mungkin tuk aku undur lagi. Dan karier yang aku pilih ni meskipun secara tak sengaja dah jadi sebahagian dari aku. Aku suka dengan apa yang aku lakukan.

Emm, guess that was for now. Nak ready tuk balik kampung. Sekejap lagi adik akan jemput. Sejak adik ada hypo, blackie dah jarang jejak kaki ke kampung. It's time for him to relax. Biar hypo pulak bertanggungjawab memikul urusan keluarga.

To everybody, selamat hujung minggu dan bergembiralah selalu.

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)