Monday, February 22, 2010



Semalam Sunday memang hari tuk bergembira dan makan sokmo. Selepas lunch kat Nurzanah my favourite hotspot, call adik ajak jalan2 ke parkson. Bila sampai kat rumah dia and Sil baru nak mandi so terpaksa menunggu. Kebetulan depan rumah ada taman, tengok buaian, eh lama tak main. Swing! Swing!

Tetiba tengok......



Buaian kat sebelah dan injured! Errkk, kalaulah buaian ni putus camna lah ya. Aku bukannya ringan pun. Cepat2 turun dan just lepak2 kat kerusi di taman tu. Seronok kat taman ni, banyak angin tambah pula pokok2 sekeliling turut melindungi taman dari pancaran terik matahari.

Jalan2 kat parkson sambil menjamu mata. Adik dan SIL belum makan so sekali lagi aku duduk tempat makan, kat McD tapi just minum air je sambil makan sebiji donut. Perut masih tersangat kenyang.



Donut2 yang telah tercedera sebab didalam kereta.

Without plan, adik rasa nak beli handset tuk mak dan apak.Cari sekeliling parkson tapi takda yang murah2. Semuanya yang canggih2, ehh tak mampu beli. Lagipun if mampu pun, takda maknanya, mak dan apak bukan reti pun. Yang reti SMS dan call in call out je. Baik cari kat Emart lagipun dah lama sangat dah tak pergi sana.

Servay2, so dapatlah handset yang dikehendaki...



Tuk mak, ada camera tapi takda bluetooth. RM160-00. Ok lah tu asal mak dapat guna tuk call dan sms. Handset dia yang lama dah tenggelam keypad! Ganaskan! Tu ler gara2 mak sering bersms mengalahkan anak remaja. Biasanya if dia takda credit, dia akan misscall. So nanti2 adalah kita orang call dia balik. Pandai2!



Ni tuk apak. RM205. Ada camera ada bluetooth. Bolehlah tuk apak berblue tooth picha kucing dengan cousin. Handset lama apak dulu tak dapat masuk charging tapi Roy dah repair. Tapi Bdart bekeras gak nak beli baru, biar je lah since dia dah terima gaji. Biar mak dan apak tak iri hati another satu sama lain. Tentang credit, mak paling boros!!

Lepas letih2 berjalan, lepak kat tempat makan lagi, SCR.



Singapore Chicken Rice (SCR) kat emart ni sangat cantik venue nya.Very colourful!!! Hanya Roy yang makan nasi tapi order ayam setengah ekor! Since dah banyak, so aku tolong gak makan. Ayam maaa... tak mungkin aku menolak. Favourite sepanjang masa!!!



Chicken meat roll.



Air yang memacam jenis. Aku punya yang tengah2. Teh C special dan sangat sedap lemak berkrim!! Mana taknya aku pun turut lemak berkrim!!





Yang ni ialah spesis ikan buntal yang diorang pamerkan kat pasar ikan kat emart tu. Aku first time tengok. Pelik semacam je terutama yang jongang tu. Rasa2nya if aku jumpa yang masih hidup, sure aku lari ketakutan. Tak pernah2 tengok ikan jongang camtu.





Balik dari Emart. Lepak KFC, again aku hanya minum je tapi sempat tapau. Standby if lapar memalam nanti, which aku just makan cheezy makaroni tu je. Kenyang!!! Setengah hari berjalan di pasar, 4 kali berhenti makan!!!!! Tak hairan lah if aku makin kembang.



Masa kat KFC, Ani call suruh ambil salah buah dan roti marie ni. Aku belum sempat makan till now. Nanti bila potong aku tayang camna rupa eh. Ni pun first time aku tengok resepi ni tapi menurut Ani ianya adalah sedap. Emmm... Ani tu semua makanan dia kata sedap :)



Masa mandi lak, bersemangat memberus bathroom dengan penyapu yang baru beli sambil dengar lagu Anak Ayam-TooPhat. Siap joget2!! Gumbira tengok bathroom bersih. Lately bathroom cepat sangat kotor sebab air kotor, yalah musim kemarau. So dalam seminggu kena at least 1 2 kali kena cuci tile2 bathroom tu. Tensen aku! If tak cuci, sakit pula mata memandang.

Eh line internet korang ok ke 2 3 hari ni? Aku punya lah slow dan menyampahkan. Tah pa jadi dengan Celcom ni, service makin teruk. Iklan bukan main lagi kat TV or radio tapi service hampeh tahap maksima!!!

Dan yang paling membengangkan, tak dapat main games kat FB. Malam ni tak dapat langsun buka Cafe' World, siaplah makanan aku basi! Country life, Farmville, Farm Town semua tak dapat nak dituai hasilnya. Memang sah rosak gak. Mafia wars pun tak dapat nak main. Arrgghh!!!! Tensen aku memikirkan semua tu. Eh, games kat FB penting tau terutamanya tuk mengekalkan rating dan naik level. Benci bila line camni!!!!!!

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)