Monday, March 1, 2010

Wow!!! bangun je pagi rasa cam tak rela je buka curtain tingkap. Tapi bila fikir punya fikir, tak buka pun asap kat luar tu tetap masuk juga. Bukannya rumah aku guna aircond pun. Tah bila last sekali hujan turun, aku pun tak pasti. Sekarang Miri dilanda kemarau, jerebu dan asap. Keadaan yang sangat2 tak sihat.

Kat office jangan cakap lah, sure panas humid lelebih lagi selepas 3 hari aircond tak on. Masuk je area tangga 1st floor office tu terus terasa cam sukar tuk bernafas. Nasib baik kipas hanya kat belakang aku, so oklah sikit ada bahang tiupannya yang boleh melegakan. Nasib juga kerja tak busy. Our dept manager, masih cuti, tengok file2 kat atas meja dia semakin tinggi. Kang esok dia balik, membebel kat aku lah tu, mau tak mahu terpaksa gak aku layan, mendengar. Yang tak bestnya, kekadang aku jadi tukang angkut keluar file2 tu selepas dia sign ataupun jangan lah dia tanya aku soalan yang aku langsung tak boleh jawab especially if tentang file2 tu yang mana bukan dari department aku pun.

Tadi aku jadi hero tamil! Nyet!! Nyet!!! Tetiba secretary ajak aku turun ke bawah cakap ada customer nak pengsan. Bergegaslah. Dahlah monday orang memang ramai, budak perempuan yang nak pengsan tu pucat lesi, orang ramai semua sibuk nak tengok. Takda pun nak tolong or bagi idea pa nak buat. Aku blurr gak. Nak bawa pergi klinik tapi budak tu tak larat berjalan. Dia sakit perut, period pain. Then dia pengsan sekejap, pas dia sedar ajak secretary hantar pergi clinic yang hanya beberapa block dari office.

Walaupun budak tu tak besar tapi berat gak ah lelebih kami dua yang mengangkat guna high heel. Mengangkat orang dalam keadaan panas terik kena melintas 2 main road. Letih ooooo!!! Sampai sekarang badan aku masih sengal2. Lepas balik office aku tanya kawan tu dia sakit badan ke, dia kata a'ah sakit ah. Hehehee!!! ingatkan aku seorang je yang sakit. Dia kata dah tua lah kita ni ya. Bukan tua lah, tapi takda warming up terus angkat berat mana tak muscle terkejut :)

Yang aku bengang, kenapa lah orang kat ground floor tu takda yang tolong, hanya seorang lady boss yang sama2 hantar ke clinic tapi dia takde lah angkat budak tu. Yang lelain tu semua kekunun busy. Takda perasaan tanggungjawab langsung!! Seorang tu aku tanya kenapa tak tolong? Tau pa dia jawab? Dia busy sebab ramai orang. Tau lah ramai tapi tu kan orang yang dah nak pengsan or dah pengsan lalat. Yang lelain tu boleh tunggu kan. Yang penting selamatkan lah dulu nyawa. Tahlah tak faham aku. Rasanya suatu hari if mereka yang kena dan orang tak kisah camna rasanya ya???

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)