Wednesday, March 17, 2010

Hari ni buat kerja dengan tekun (Sebab semua northern region managers ada meeting dengan RM kat floor aku). Conference room bercermin semua so dapat lah kelihatan apa yang berlaku diluar dan didalam bilik dengan jelas. Tu lah kena buat2 busy takut nanti kena comment over staff. Tapi memang aku busy gak sebab esok dan jumaat aku cuti. So sebelum cuti tu aku akan make sure semua kerja pending dah dibuat or at least dah kemas tuk KIV so senang aku nak handle bila balik dari cuti nanti.

Ni cuti khas tuk picnic! The last time aku picnic somewhere a few weeks ago tapi tu aku cam tak puas hati sebab aku rushing berpicnic selepas kerja, which is after 6pm! Ni last week SIL plan nak buat picnic sempena menyambut birthday dia (somewhere Feb), adik dia (somewhere this month) dan bestfriend dia Cat, today. So since ekonomi gawat ni, kena lah berjimat kan. Buat tripple celebration!



Gambar dari previous picnic. And satu yang menyeronokkan aku sekejap tadi aku dah reti edit pic guna picasa. Lama dah nak belajar tapi asyik delay2 je. Tengok orang simpan gambar kat blog cantik je, sering wonder guna application apa ya, ni kebetulan adik install picasa kat PC, baru tau all this while ramai yang guna picasa. Beberapa hari gak try tapi tak berjaya. Syik give up je, lagipun kurang masa.

Esok masa picnic aku tangkap gambar banyak2 dan picasa kan dia kat sini. :) Bagi lah chance aku menunjuk2 ya, dah lama tak masuk bakul angkat sendiri ni.



Ni pula dinner aku dua hari lalu. Takda lah yang luar biasa cuma aku cam blurr bila kena beri nasi campur tah apa nama masakan ayam, telur dan timun. Semua dimasuk dalam mangkuk cap ayam!! Eh, camna makan ni hah? If bowl nasi yang biasa kecik tu ok gak, boleh makan dengan sudu or chopstik. Ni mangkuk soup ayam yang besar. Terkedu gak sekejap. Memanglah boleh makan dengan sudu or chopstik gak, tapi as selalu guna pinggan, i feel weird nak menyudu nasi dari mangkuk tu. Makan skit je, bukan kerana mangkuk tu tapi sebab memang dah kenyang tapi gatal gak nak order.

K lah nak tidur dah. Esok kena bangun awal, menjemput para jemputan. Good nite...

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)