Friday, March 19, 2010

Semalam picnic kat beach dari 8am to 7pm! Hangus muka dan badan. Hidung dan pipi cam badut!! Memula memang tak terasa sebab tiupan angin laut yang sangat menyegarkan tapi selepas mandi laut, baru keluar semua makeup2 badut. Not to mention sakit dan pedih too.

Cousin bagitau tuk mengelakkan sakit kena sunburn, muka kena lah dimask dengan telur putih. Pagi tadi selepas mandi terus aku buat. Sapu muka dengan telur putih then tepek tisu nipis dan sapu telur putih tu atas tisu lagi. Bila dah kering, senang nak ditanggalkan. Yes, it work. Takda rasa sakit sunburn cuma aku bangun pagi tadi kena cirit birit. Ada 4 5 kali pergi toilet pastu stop. Kus semangat! Jangan lah terus menerus cam hari tu. Tak rela aku.

Siut tul Picasa aku tak dapat buka. Ada corrupt! Sempat buat 2 collage je. Spoilt mood aku yang excited nak buat banyak2. Tadi kena uninstall then sekarang ngah upload lagi which was sooooo slow. Siap bagitau 1 day left! Siaplah kena layan line internet yang slow teruk ni!



Acara mandi laut. Pergghh!!!! tah bila last sekali aku mandi laut ni. Sebenarnya aku memang tak suka mandi laut, tak suka rasa masin airnya. Memedihkan mata dan mengesatkan mulut. Tapi semalam tengok SIL bersemangat nak mandi tanpa plan, tiba2 aku terfikir nak balik rumah, tukar baju. Datang je balik beach, terus mandi laut!!!! Mak pun memula taknak gak, tapi kalah dengan pujuk rayu aku, tergoda gak. Lagipun aku siap bawa spare towel dan kain pelekat tuk dia.

Yang ini pula anak kucing yatim piatu yang baru datang rumah awal pagi semalam. Dok terkiaw2, tergesel2 kat kaki, last2 aku suruh adik simpan dalam plastik arang bawa pergi picnic sekali.



Muka tak ensem tapi manja sangat. Tidur syik nak dekat orang je. Dah tu yang dia terlentang tu adalah selepas kekenyangan makan. Mata banyak taik! EEhhh..... ngah sakit mata lah kucing tu tapi hari ni dah ok. Esok nak beli makanan dalam bungkus kecik cam cegaloo dulu tuk dia. Kesian gak tengok, dok terkiaw2. Hari ni bawa minum susu dan makan nasi (tah dia dah reti makan ke tak). Aku tak tengok, adik yang bagi. Susu lak jangan marah aku bagi dia susu anlene!!! Agar tak bertaik mata!!! Hahahaa!!!!

Badan adalah sangat letih. Bangun pagi tadi terus cuci tikar2 bekas picnic semalam, cuci kereta (Siap vacuum dalam). Walaupun hakikatnya malas tetapi terpaksa gak buat, sayang tengok kereta berpasir. Nasib ada adik tolong. Ni dah flat balik. Makan nasi goreng je. Minum air cap badak. Hilangkan panas badan.

K lah dah terngantuk. Asyik nak tidur je mata ni walaupun siang tadi dah gak tidur. Good nite semua!!!

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)