Wednesday, March 31, 2010

Hari yang agak menyenangkan. Kerja di office tak sibuk, cuaca pun tak begitu panas. Dan yang paling menyeronokkan,setelah lebih setengah tahun berkipas di office, akhirnya hari ini dengan rasminya dapat aircond baru. Yess!!! Yesss!!! Kipas pun dah kena kebas sebab now another department pula aircond nya rosak. Dengar diorang complain, terasa cam dalam sauna terutama server room berdekatan. Bagi our department, dah tak hairan pun, dah lama kami merasainya and yet still can survive :)



And not to forget, yesterday we did have a new photocopy machine too. Yang lebih canggih, dok main touch screen je. Semalam bila orang canon hantar, aku dan beberapa colleagues belajar lah camna nak buat photocopy. Then bila orang sales datang, kekunun aku nak mengajar lah ya, just photostate a simple IC, tu pun tak berjaya!! Cait!!!! Kawan yang seorang tu berabis2 gelakkan aku. Kekunun nak show off tapi terkantoi. Ciss!!! Siut punya machine, camna tak menjadi ya??? Aku tak puas hati, bila takda sapa guna machine tu aku pinjam IC colleague try photostate. Ehh.... menjadi pun, kenapa tadi masa nak show off tak jadi pun. Hahaa!!!

Dan yang sadis nya photostate lama (yang warna kekuningan tu) terus diletak kat tepi. Dah banyak dia berjasa tapi diperlakukan seperti kacang lupakan kulit. Tapi what to do, dah dia rosak asyik lapar nak makan kertas, sapa nak guna. Lagipun yang baru ni begitu canggih. So terpaksa lah selamat jalan romeo kepada photostate machine lama....

Dan malam semalam, aku dan adik2, sil2 berproject makan-makan kat Siamess Secret. Semua order lelain sebab nak test rasa makanan kat situ and as for me, ini adalah kali pertama. Recommended cuma makanan dia in a small portion, the price, huh! boleh buat berpeluh juga.

We try lasagna, fish and chips, fried squid, pineapple fried rice, talapia in chilli sauce, crispy fried mee, chicken mushroom and seafood pizza. My favourite, lasagna and chicken mushroom pizza!!! Yummy!!!! Yummy!!! Lenkali boleh pergi lagi.



Lepas makan, perut pun dah terover kenyang, so jejalan kat supermarket boulevard beli barang-barang keperluan harian. Aku hanya beli susu Anlene (agar tulang tak reput <<--reput tulang bak kata Aziz dalam cerita Ali Baba), apples, pears, deodorant, orange juice dan softener.
Masih ada stock barang keperluan lain di rumah.



Dan hari ni aku, Ani and Sila borong tshirt RM10 lagi. Aku beli 5 helai (1 bagi colleague), Ani beli 6 helai dan Sila beli 4 helai. Not bad gak baju2 kat kedai murah ni, which just beside office. Aku suka kain dia yang selesa dipakai dan gambar kartun yang comel2. So far lebih dari 5 dah aku beli. If koyak dalam masa 2 3 bulan ni worth juga ah, what do we expect baju harga RM10 kan.

Ok lah time tuk tidur, Glee dah abis begitu juga CSI. Dua2 dalam masa yang sama, aku sekejap2 tengok 701 sekejap2 tengok 711. Nasib nanti ada ulangan. View BlogWeekend baru duduk elok2 tengok. Good nite semua, don't forget your prayer before bed.

zzzyy-i said a little prayer for you...

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)