Sunday, March 14, 2010



Masih kurang sihat tapi dah okay lah compare to semalam yang cam tak larat nak bangun terus. Hari ni dah okay cuma masih lemah lah. Dah mampu cuci baju. Dah mampu kemas2 rumah sikit. Walau at the end, rasa cam berpinar2 sakan. Cepat2 duduk relax dan lepas mandi terus makan nasi, walaupun sikit tapi since kena makan ubat terpaksa penuhkan perut gak kan. Or else nanti mabuk ubat.

Walaupun sakit, tak boleh lah nak layan sangat rasa sakit tu kan. Kena kuatkan diri dan semangat. Kang makin dimanja makin sakit jadinya. This time aku takda bawa pergi klinik sebab tak larat nak memandu dan menunggu di klinik. Kebetulan aritu memang dah standby ubat flu dan panadol so telan tu je lah disamping minum air banyak2.

Orang sakit takda selera makan tapi aku ada berkoyan2 stok makanan :) Mana taknya, masa terbaring depan tv tu syik tengok channel AFC 703 je. Macam2 jenis masakan di tengok. Tapi yalah dah sakit takda gak selera just nafsu tu tetap ada, aku tetap makan sikit2 but main menu, bubur dengan sardin lobak dan telur dalam sekam pagi tu. Dan semalam realize something, makan buat dragon fruit, automatically menambahkan selera sikit sebab terasa sejuk je buah tu masuk batang kerongkong. Sebelum ni aku memang tak suka makan buah tu sebab cam takda rasa je, sekarang aku dah terminat. Oh oh! Boleh calen dengan mak lah ni :o

Mak, apak and adik berkali2 call tanya tak balik kampung ke. Alahaii, jangankan nak drive balik kampung nak bangun pun aku terhoyong hayang ni. Dah bagitau tapi tak faham2 gak. Buat aku bad mood je. Tahu lah diorang ada tangkap banyak ikan kat kampung nun tapi aku sesangat tak larat lah ni. If larat, jumaat aritu aku dah pergi, takkan tunggu lama2.

Ni aku duk depan PC sebab dah kepeningan asyik baring je. Badan dah tampal banyak koyok. Hopely esok ok. Benci ah kena ngadap doctor tuk minta MC. Bukan apa, doctor dia ok cuma yang menunggu tu lama sesangat. Rasa if sakit pun dah sembuh kembali.

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)