Saturday, March 13, 2010



Balik je dari kerja semalam terus mandi dan baring berselimut. Sejak lepas makan tengahari terasa semacam je badan. Perut kembung2 tulang2 sakit. Kena kipas yang kebetulan di belakang workstation aku terasa sangat menyusuk tulang belakang. Perut sakit2.

Seawal 7pm dah masuk tidur. Badan seolah di awang2an. Tidur malam pun tak selesa, asyik bangun minum air atau pergi tandas ataupun mengigau, mimpi yang bebukan. Semalaman camtu. Bangun je pagi ni terasa seluruh sendi tulang sakit2.



Sambil mandi sambil tu masak bubur gak. Sejak semalam tak makan, salah satu penyebab badan lemah. Lepas makan nasi dengan sardin sayur lobak, baru lah terasa ok skit badan, tu pun lepas makan ubat dan berjam2 tidur. Hari ni aktiviti adalah tidur saja. Ni 7pm dah terasa ok sikit cuma masih gak lemah dan sakit2 badan tapi yang bab sejuk tu dah ok, dah tak sejuk lagi.

Aku suspect aku kena keracunan makanan. Sejak lunch dengan terung asam semalam tu terus rasa tak selesa. Ingatkan over kenyang tapi bila fikir balik, takda lah sebab nasi pun tak abis dan pagi breakfast pun hanya dengan se mug coffee. Sebenarnya tubuh aku ni ada ketikanya alah dengan makanan yang masam cam asam pedas. Pernah terjadi aku demam lepas makan ikan asam pedas. Ni semalam mungkin kalah dengan terung asam tu.

Arap esoknya aku dah ok sebab banyak baju belum basuh.

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)