Tuesday, April 13, 2010



Fuh!!! Dua hari ni kerja sangat-sangat lah busy. Ni pun masih banyak lagi kena siapkan dalam minggu ni juga. Bila kerja dah banyak, maka mereka-mereka yang pemalas tu mula lah berdengus sana sini. Tapi bukan aku. Aku adalah orang yang paling menyampah tengok mereka-mereka yang bersikap demikian. Dah tu memang kerja yang kena buat hari-hari kenapa nak mengadu boring lah benci lah. If dah taknak buat kerja tu, pindah department je lah or berhenti saja duduk rumah jadi boss sendiri.


Ni yang buat aku hangin bila mereka-mereka ni buat perangai cam bebudak lebih-lebih lagi superior aku. Kerja kat atas meja memang banyak kena buat, so sudah tentu lah aku buat part aku dan kemudian turn diorang pula buat part diorang. Ada lah yang pepandai kerana malas atau tak dapat nak handle kerja-kerja yang banyak tu, suruh aku stop buat yang patut, tunggu dia habiskan yang sudah-sudah tu. Ohh common lah, suruh aku stop??? Hilang akal apa????
Tu semua kerja urgent lah. If aku delay, nanti aku yang kena marah ngan boss. Sapa susah?? Aku juga yang susah kan. So kenapa aku harus ikut cakap mereka-mereka yang slow pemalas dan taktau handle masa tu??

I'm not a kid dear, aku tau lah apa yang should and shouldn't done. Yang penting aku harus siapkan kerja ikut masa yang sepatutnya atau secepat mungkin. If yang diorang lambat or slow tu diorang punya pasal lah. Aku tak campur as long as aku siapkan my own part. Yang lelain tu boleh blaaaaah!!!!!!!!!! Muahahahahhaaa!!!!!

Isskk, melalut pula dah aku ni. Maaf lah korang terpaksa baca bebelan aku. Aku sebenar tension sesangat dengan sikap orang begitu. Spoilt semangat aku tuk bekerja. Apa salahnya bekerjasama, cuba buat kerja yang sepatut nya tanpa perlu berlengang-lengang kangkung. Kena tengok keadaan lah kan. Ni time kritikal, semua nak cepat so perlu lah lebih produktive kan. Tak payah lah dok melayan feel malas tahap maksima tu. Issskk!!!!!!!!! Tak faham aku.

K lah, good nite yaaaa.....


zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)