Monday, April 26, 2010

Tahun ini adalah tahun yang bertuah bagi aku. Aku sangat-sangat terharu kerana ramai yang mengingati tarikh hari jadi aku. Di FB saja, aku terima lebih dari 50 wishes. Lenguh juga tangan menaip ucap terima kasih atas semua wishes tu tapi tu tak mengapa yang penting bertapa aku rasa amat terharu dan dihargai even just a little wishes.



Dari bestfriend aku, Ani, Priscilla, Arina, Herman dan Pat, aku dapat sebuah handbag Carlo Rino. Fuhh!!! i like!! Hitam itu menawan, well, they know my taste, suka bag besar tapi bukan yang berkilat-kilat. Thank you so much my dear friends.



Dan ni aku dapat dari Ani, bedsheet + comforter dari Chester. Sangat-sangat happy sebab i didn't expect it at all. Thanks again Ani, love you many-many (bukan bodek ah ni, memang aku sayang Ani dah macam kakak sendiri) Arina and Priscilla too, kami semua dah macam adik beradik, kongsi susah senang bersama.
Arina, thanks so much too for the Kenzo perfume.


Aku sangat bahagia kerana mempunyai family dan kawan-kawan baik yang amat prihatin dan penyayang. Aku doakan semua sentiasa aman damai murah rezeki sihat sentiasa kerana aku amat-amat sayang kalian semua. Segala sokongan, dorongan, kasih sayang kalian amat aku hargai. Aku mungkin tidak sekuat ini tanpa kalian semua. Semoga pertalian kekeluarga dan persahabatan ini kekal hingga ke akhir ayat. Amin....

Sekarang ni Lea Sport centre tengah sale 1/2 harga gila-gila. Semalam aku dan SIL pergi lah tengok di Lea kat Bintang Megamall. Perrgghh!!! memang banyak macam jenis kasut lah sampai rabun mata nak pilih. Ada juga a few high heel yang aku berkenan tapi fikir punya fikir, aku baru je guna one of my high heel last week. High heel yang dibeli khas tuk dinner awal tahun tadi, pakai sekali pastu terbiar sekejap sebelum aku bawa dia ke office last week. Aku pasti if aku beli high heel baru sure salah satu antara 2 yang kat office tu akan bakal masuk tong sampah. Bukan rosak pun cuma aku ni jahat. Bila dah dapat kasut baru, aku suka buang yang lama even masih okay cuma dah lari alignment skit tu.

SIL yang kebetulan tengah buat persediaan tuk annual dinner somewhere May nanti terus rembat sepasang kasut. Tu pun lepas lama gak pusing-pusing belek-belek sana sini. Aku, huh tak sah if tak beli walau hanya beli sepasang selipar.



Okaylah reasonable harganya RM19.90. Boleh guna hari-hari dalam perjalanan dari tempat parking ke office dan lunch break. Masa kat office of course kena guna high heel.

And malam tadi sebelum sampai rumah, SIL call cakap one of pelekat kasut dia dah patah ketika di beli. Terkilan juga kenapa lah tak tengok masa beli tadi ya. Dahlah kat kedai tu ada tulis, Good sold cannot exchangeable and returnable.



If benda ni dah patah, confirm 200% kasut tu tak boleh pakai kan, so kira sia-sia je lah membeli. Malam tadi aku dan SIL pergi Lea tu lagi berhajat nak tukar. Jumpa lah seorang jurujual yang more or less mungkin supervisor dia kot sebab baju dia lain dari yang lain. A bit smart dan bukan guna baju yang ada tulis diorang tengah buat sale 50% discount tu.

Mati-mati dia kata tak boleh sebab dah tulis kat dinding tu tak boleh tukar.Siap blame kita sebab tak check dulu masa beli semalam. Well, memang lah kita salah tak check bebetul tapi diorang pun bertanggungjawab juga kan. Kita beri sepenuh kepercayaan yang mereka akan jual barang yang boleh pakai dan in order kan so of course takda lah was-was yang akan bakal membeli barang yang dah rosak.

Rasa tercabar juga ya. Siap kata so maknanya diorang memang jual barang yang dah rosak lah kepada customer. Berani lagi saleman tu cakap, adalah segelitir tu memang dah tak berapa elok cuma sepasang dua saja yang baru, dijual masa stock clearance ni.

Aku dah nekad dari semalam, if tak boleh tukar, aku nak minta surat bertulis confirm kan yang diorang memang taknak tukar barang tu, pastu aku akan bawa perkara ni ke pejabat hak pengguna. Walaupun ada rule tapi rule is create by human dan kita boleh langgar peraturan tu dalam certain circurmstances. Kenapa diorang buat rule, goods sold unexchangeable and returnable??? Sudah semestinya diorang tahu yang diorang jual barang yang dah rosak dan tak boleh guna kepada pengguna kan. Kenapa nak jual barang camtu??? Kan tu namanya menipu pengguna. Memang tak patut kan. If memang jual barang yang elok semuanya kenapa nak takut???

Ni sebab pengikat kasut tu dah patah tu lah yang nak tukar. If kalau bab yang tukar sebab salah saiz ke common sense juga kenapa tak boleh tukar kan. Ni expect kita just lupakan saja dan burn RM50 tu tuk sebuah kasut yang tak boleh dipakai langsung?? Oh tidak.... berpeluh ketiak tau tuk mendapatkan RM50 tu!!!! Ingatkan boleh jumpa kat tepi-tepi jalan tu?? Even if harga RM1 pun memang tak adil lah if kita beli sesuatu yang dah rosak dan tak boleh digunakan.

Ops! aku terlebih membebel pula. At the end, seorang salegirl datang, ambik kasut tu terus cari yang baru tuk tukar tanpa banyak soal. Kitaorang happy dia pun aku rasa happy juga dapat berjuta-juta terima kasih dari kita orang. Doa semoga dia murah rezeki :)



Aku ni membebel, membebel juga tapi lepas tu pergi to another branch of Lea Sports Centre, siap angkut pulang 2 pasang kasut. Memang takda plan nak beli pun tapi jalan punya jalan, tertengok lah 2 kasut ni. Yang kanan tu memang lama dah aku suka design tu cuma dulu yang aku jumpa, dia takda tali kat pergelangan kaki. Susah lah nak berjalan if takda tali tapi yang ni ada terus aku terpikat. Yang satu tu pula, aku memang minat kasut runcing didepan. Heel tak tinggi dan sesuai guna dengan jeans. 2 pasang hanya RM59! Kali ni taknak pisang bebuah 2 kali. Check every detail sebelum beli. SIL pun rembat another pair milky colour low heel.

Hoh!!! belum sempat pergi melancong dah asyik shopping je lately. Dalam bulan terdekat ni saja aku dah beli 4 pasang kasut!!!! Ting!!! Give me an idea what to shop in Bandung and Jakarta..... *wink* *wink* ;p

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)