1st day di Bandung, timetable nya begitu padat sekali. Bangun seawal 6.30 am waktu Malaysia tapi 1 jam lambat di Bandung. Walaupun demikian iyanya sudah pun terang. Tempat penginapan adalah sangat selesa dan peaceful, tidak tercemar langsung dengan kesibukan kota Bandung. Sebuah resthouse yang sederhana besarnya. Hanya ada beberapa bilik saja.
Seawal 8.40am, Pak Taufik, Sopir kami datang menjemput untuk meneruskan sesi hari kedua di Bandung ini. Mula-mula keadaan di kawasan bandar Bandung pagi itu adalah sangat sibuk. Jammed di sana sini namun aku sangat kagum dengan para driver di Bandung ini. Saling memahami sesama sendiri, so far walau dlm sesak yang sangat teruk pun, belum ada langsung aku melihat adanya kemalangan! Dan yang mengkagumkan lagi alangkah banyaknya motocycle di Bandung!!!! Terlalu banyak jika dibandingkan dengan keadaan di Miri. Tapi pembocengnya, waduh!!! semuanya makan besi kok. Drive dengan sangat merbahaya!!
Setelah keluar dari kesibukan lalu lintas Bandung, kita menuju ke kawasan pergunungan menuju ke kawasan kawah gunung berapi yang dikenali sebagai Tangkuban Perahu (Perahu Terbalik). Sepanjang perjalanan adalah menaiki bukit. Permandangan kiri kanan jalanraya adalah kawasan perumahan kampung dan kedai-kedai kecil. Sekali lagi aku kagum, penduduk di Bandung ni memang business minded. Since ini adalah jalan yang sering dilalui para pelancong, hampir setiap rumah di tepi jalan itu menjalankan bermacam-macam jenis kedai seperti menjual makanan, jagung bakar, rabbit, nenas, pisang dan memacam lagi. Tak terkira.
Dan satu lagi, aku sangat seronok melihat permandangan ladang teh yang menghijau. Dan ada kalanya ada kawasan perhutanan yang sangat cantik dan mengingatkan kami kepada cerita Twilight. Macam hutan tempat vampire tu terbang-terbang tu lah. Pokoknya tumbuh sebatang-sebatang. Dan lagi menyeronokkan, cuaca dalam perjalanan ni adalah sangat segar dah sejuk. Namun keseluruhannya, aku sangat suka keadaan cuaca di Bandung, banyak pokok-pokok ditanam seluruh bandarnya dan dengan itu salah satu sebab cuaca di sini adalah sejuk dan menyegarkan.
Tangkuban Perahu adalah sebuah kawasan kawah bekas gunung berapi yang tidak aktif lagi. Since ini adalah kali pertama aku lihat keadaan kawah gunung berapi, ianya adalah sangat mengkagumkan! Mengikut lagenda juga, disini terdapat sebuah replika perahu terbalik. Nanti aku tempekkan gambar kat sini, korang bayangkanlah sendiri ya.
Selepas balik dari kawasan gunung berapi ni, kita menuju pula ke kawasan yang dipanggil Ciater Hot Spring Water, kawasan mata air panas yang dikatakan baik untuk kesihatan. Aku turut merendam kaki sekejap. Terdapat banyak kolam-kolam air panas yang disediakan tuk merendam kaki dan mandi manda. Nanti aku elobrate lebih panjang bersama dengan gambar-gambarnya ya.
Lunch tengahari di Kampung Daun adalah sangat menyeronokkan. Love the environment dan ambien!!!! Tempat makannya di pondok-pondok yang disediakan bantal dan tilam. Makan bersila atas tilam. Makanannya adalah sangat sedap dan service juga sangat cepat. Kawasan sekelilingannya juga hutan dikelilingi dengan kicauan burung dan bunyi air terjun mengalir. Sangat damai, menyenangkan dan menyejuk mata dan hati.
Dalam perjalanan balik ke bandar Bandung, singgah sekejap di ladang strawberry menikmati juice strawberry. Memang sedap tapi bukan yang ori ah, diorang campur dengan serbuk. Disini juga kita boleh petik strawberry sendiri dengan bayaran RP20K dalam 10 biji sahaja. Ehh tak mau lah petik, tengok-tengok aja cukuplah. Nanti aku tempekkan gambar ya.
Selepas tu balik ke town, shopping time!!!! Tapi, waduh jalannya amat macet seh!!!!! Kenderaan berjalan dengan slownya. Sempat buat SIL tertidur keletihan. Shopping ke factory outlets, dari satu tempat ke satu tempat. Ianya bersebelahan dan di seberang jalan saja. Lumayan juga hasil tangkapannya tapi rasanya hari ini akan lebih lumayan lagi. Ke Pasar Baru dan another factory outlet spot. Yess!!!
Daaaaa.........

No comments:
Post a Comment
tq, peace :)