Saturday, June 12, 2010

3rd day in Bandung. Aktivitinya hari ini adalah shopping. I love this agenda very much!!! Dan hasil tangkapannya memang lumayan sekali. Selepas breakfast, Pak Taufik, sopir menjemput kita untuk ke Pasar Baru. Aku memang excited pergi ke sini sebab pastinya aku akan dengan happy mengangkut kain bermeter-meter.

Bermula dengan membeli 4 meter kain shiffon untuk baju kurung selepas tu aku tak berhenti-henti membeli. Another 4 meter kat kedai yang sama. Lepas tu pindah ke kedai lain pula.Oh ye lupa, yang pertama di beli ialah kain batik lepas. 2 tuk mak 1 tuk sendiri. Cantik seh, berkilauan!!

Tu ler yang pindah to another kedai tuk beli kain baju kebaya yang cantik tuk disesuaikan dengan kain batik lepas tu. Aku beli kain tuk mak, SIL beli kan kain tuk bajunya. Kain sulaman tuk baju kebaya yang cantik-cantik. Rambang mata memandang. Lagipun harganya jauh murah dari di Miri serta sangat banyak pilihannya.

Lepas tu ketika melintasi satu kedai, aku terpikat dengan sejenis kain yang dijual hanya dalam RM6.50 semeter sedangkan if kat Miri RM16 semeter. Bertapa jauhnya beza kan. Kain tu adalah jenis yang aku suka tuk buat baju tuk baju kurung. Beli 3 different colour sekali!! Then orang kedai tu perkenalkan pula kain favourite aku Japanese Cotton. Aduh cair lagi hati! Then keluar memacam jenis cotton lagi yang mana buat aku makin cair secairnya. Last-last aku rembat tah berapa pasang kain tuk baju kurung (yang pastinya more than 5). Lenguh tangan membimbit hasil tangkapan. Nasib jumpa dengan Pak Taufik ketika pergi ke food court. Lepas menghantar barang-barang ke kereta baru lega.

Lepas makan bermula pula misi bahagian ke 2. Cari sejadah dan beli pula 2 blouse serta tshirt-tshirt Bandung. Even masa yang dijanjikan ialah kul 5 pm tuk berjumpa dengan Pak Taufik tapi by 3.30pm dah tak larat lagi berjalan . Terus ajak dia ke Toko Tiga tuk melihat seluar jeans.

Memang banyak ah pilihan memacam jenama terkenal jean kat sini seperti Levi's, Hugo, Valentino dan memacam lagi lah. Harganya pun sangat berbaloi tapi aku walaupun suka pakai jeans, aku tak mementingkan jenama. Pakai je jean yang selesa dipakai dan sesuai. Kawan adalah pesan tuk beli jean tuk dia tapi so far aku belum jumpa jean jenis Straight Cut. Yang ada slim cut, leg cut, basic cut. So takda lah beli, hanya rembat 3 helai tshirt. Kat sini tshirt dia berjenama tapi sangat murah. Sebenarnya tempat ni adalah original brand cuma dia ada kecacatan dalam proses pembuatannya. Itulah harganya jauh lebih murah dari yang sebenarnya.

Lepas tu menuju ke factory outlet di Jalan Setia Budi. Hanya sempat pergi 3 buah je iaitu Heritage, Cescade dan Summit. Yang lelain tu dah tak larat nak pergi. Letih kaki nak berjalan lagipun pitihnya dah sangat berkurangan. Antara banyak factory outlet yang aku pergi semalam dan hari ini, aku paling suka kat The Summit. Kat sini banyak baju favourite aku yang cantik, tapi cuma dapat beli 2 helai blouse saja. Putih dan ungu. Bagi aku sangat cantik lah, sebenarnya banyak lagi yang amat cantik tapi seperti yang dimaklumi, pitihnya berkurangan. Lagipun esok bermula expedisi ke Jakarta pula.

Oklah nak tidur dah. Esok bersambung lagi....

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)