Sunday, June 27, 2010



Huh! sekarang tengah hujan lebat. Tadi sebelum mandi dah plan nak pergi town for breakfast, so dah hujan ni apa kes nak menyibuk pergi town tu kan. Menyusahkan diri sendiri dengan yang sudah pastinya akan jammed everywhere lelebih lagi sekarang ni time orang balik dari church. Buka peti sejuk, ada sausage dan beef dan sayur. Huh!! give me idea to do the western breakfast cum lunch :) Sekejap lagi akan bersilat di dapur, ni sementara tunggu ais dia cair so aku update lah blog.

Semalam sempena meraikan belated father's day, sekeluarge makan kat bamboo cafe, again. Kan malam sebelumnya aku pun pergi ke sana so layan je lah. Sebenarnya dah tatau mana lagi nak pergi makan ni, rasa cam semua tempat dah diterjahi. Lepas makan, layan wayang tengok cerita The A-Team. Emm not bad! Suka jalan ceritanya. Aku kan memang peminat cerita ni sejak kecil lagi. Masa kecil dulu kan ada series A Team, tiap minggu memang akan tertunggu-tunggu siarannya.

Aku ni sejak kecil lagi memang suka cerita-cerita bercorak penyiasatan seperti The A-Team, Knight Rider, dan yang lelainnya aku tak ingat. Banyak makan semut! Aku tengok sekarang banyak juga series yang sering ditonton masa kecil-kecil dulu telah pun di adaptasikan ke filem. Seronok gak layan sebab sambil tu turut mengenang kenangan masa kecil dulu.

Semalam tengok TV hitam putih yang ada jendela dan boleh di lock tu kat Bamboo Cafe. Mengimbau kenangan masa kecil-kecil dulu. Aku kan tinggal kat rumah uncle dan dia ada TV camtu. So bila time sekolah tu selalunya dia tak benarkan tidur lewat. Kebetulan ada one of the day in a week tu adalah rancangan Bintang Kecil terbitan TVBrunei. Memang suka sangat lah tengok tapi masalahnya rancangan tu agak lewat rasanya dalam kul 9pm dan disiarkan hari sekolah.

So sudah semestinya orang tak benarkan tengok takut keesokkan harinya akan bangun lewat. Masa tu kan baru darjah 2 3 camtu so memang liat nak bangun pagi. Kebetulan keluarga pun memang tidur awal, sebab if auntie dan uncle tak tidur awal, sure kitaorang pun tak tidur kan. Hmm.. memang masuk tidur awal lah dalam 8.30 gitu so bila dengar semua dah senyap curi-curi keluar buka tv dalam gelap tanpa suara. So if nak dengar terpaksalah duduk dekat TV tu dan buka suara kat level yang terendah. Kekadang kena tangkap gak curi-curi tengok tapi yang paling sakit hati lah bila TV tu dilock!!!!!! Menyampah!!! Rasa nak menangis meraung-raung!!!

Tapi tu lah masa kecil dulu, orang buat camtu ada kebaikannya. Sekarang ni hah! dah takda sapa kisah berapa lama nak tengok TV pun, 24 jam pun takpa tapi masalah dah malas nak tengok TV. Lebih suka layan FB kecuali bila ada rancangan tertentu yang ditunggu.

Opss!! perut dah lapar, nak memasak dohhh...

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)