Aiya!! baru mencangkul clear jalan masuk ke gate pun dah tercungap-cungap keletihan. Berpinar-pinar pandangan. Penuh mengalir deras. Tu baru pegang scoop hanya beberapa minute, imagine lah if kena kerja kat sawah bendang, gamaknya pengsan 24 jam! Tu lah orang zaman sekarang sangat kurang exercise terutamanya aku. Bila kerja berat skit (takda lah seberat mana pun) terus pancit. Adakah aku sudah sunset industry?? Ohh tiiiiddaaaaakkkkkk!!!!!!!!!
Kerja hari isnin memang takda kehebatannya. Penuh dengan kemalasan dan rasa meluat. Dalam fikiran asyik fikir, kenapalah lunch break ni lambat sangat, padahal baru sejam dua kerja, pastu asyk tengok jam kat dinding bila lah abis customer hours ni, pastu pula asyik belek jam dinding dan jam tangan (takut-takut kang tak sama) cepat-cepatlah waktu pulang. TAPI........... bila hari gaji, hmmm kalaulah hari-hari $ masuk account camni, alangkah bahagianya kan. Hari-hari boleh shopping. Ceh! Kerja malas, nak gaji cepat!! Eehh... eeehh... jangan tipu, korang pun sama macam aku juga kan kan kan kan :p
Nasib lah kerja memang tak busy sejak dua menjak ni. Semuanya slow tapi steady. Walaupun takda orang pun tak suka if relax lebih dari kerja dan begitu juga aku tapi, tu lah ada ketika tu rasa bersalah juga if takda buat apa-apa. Aku pergi department lain sambil tengok diorang buat kerja, of course bukan tengok sesaja, sambil belajar tapi sambil tu gak bercerita :) At least hari ni aku belajar lah sikit tentang department lain. Slowly kan, baru nak belajar memahami pokok pangkal asas kerja mereka. Tak adil juga lah if orang tengah busy-busy aku sesuka je minta ajar, kang menambahkan kerja mereka dan buat mereka slow pula kan.
zzzyy
No comments:
Post a Comment
tq, peace :)