Tuesday, June 15, 2010

Tik tok tik tok tak terasa akhirnya percutian 3 malam Bandung 2 malam Jakarta dah berakhir. Sangat interesting dan really enjoy the trip. Enjoy my companions too. They are so sporting dan gila-gila. Love 3 of you yeah....

Semalam tak sempat nak update, sangat letih shopping di Mangga Dua, pusat membeli belah yang popular tuk dikunjungi oleh para pelancong di kota Jakarta. Hasil tangkapannya di lain n3 aku elobrate lagi ya. Selepas balik dari shopping complex which from 9.30am (kedai pun banyak yang belum buka) hingga lah 3.30 pm, kita diajak oleh pak sopir, Pak Dani meronda-ronda tengok permandangan kota Jakarta. Waduh-waduh, banyak bangunan yang mencakar langit seh tapi banyak juga bangunan usang yang kelihatan. Hakikatnya berada di Jakarta lebih kurang seperti berada di ibu kota Kuala Lumpur. Sesaknya lebih kurang sama cuma di sini terdapat terlalu lah banyak motosikal.

Hari ini sebelum berangkat ke airport sempat singgah di Monas Jakarta, mercu tanda ibu kota Jakarta. Ingatkan nak naik ke atas tapi disebabkan terlalu ramai orang dan kena berjalan agak jauh buat berpeluh-peluh, hilang semua mood nak naik. Bayangkan ianya disebuah dataran yang sangat besar. Tempat parking adalah bertentangan dengan pintu tuk masuk ke bangunan itu so maknanya kena berjalan jauh di tengah cuaca yang sangat panas (1oam). Last-last hanya mampu menangkap gambar dan membeli cenderahati keychains.

Asalnya flight akan berangkat 1.20pm tapi dua minggu sebelum telah dibagitau akan delay hingga 2.00pm. Tadi delay lagi to 2.45pm, fuhh!!! buat kami terkeluh kesah. Sebab flight ke Miri akan berangkat 7pm!!! Takut tak sempat check in bag di LCCT. Sampai je di LCCT tadi, aku dan SIL berlari-lari agar dapat lalu kastam cepat sebelum orang ramai then terlari-lari lagi tuk check in. Syukur sempat, check in 6.20pm!!! Then cepat-cepat pergi washroom dan bila dah duduk, aiyooooo ada pengumuman flight delay dan flight yang diguna akan sampai 7.30pm. Fuh!! buat letih je berlari laju-laju membawa bag. Macam orang dalam explorace. Ni ada pengumuman lagi, yang flight tersebut akan sampai kul 6.40pm pula. Aiyooo!!! Delay berganda-ganda!!!! Nyampah!!! Buat berpeluh tiak berlari laju-laju, dahlah orang lady like cuma nasib baik guna sneaker :O

K lah, nak main mafia je lah sementara menunggu. Tata titi titu.....

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)