Monday, June 14, 2010

MIRI - Part 1

Bila kita pergi melancong ke sesuatu tempat, bandar, kita sering rasa bertuah dan terpegun dengan keadaan sekeliling. Terpana dengan tempat orang. Hati dan mulut tak habis-habis memuji kehebatan tempat tersebut. Tempat sendiri takda ni, takda tu. If lah ada tempat ni tempat tu kat our hometown tentu lah best kan dan kan lagi dan lagi.

Sebab itulah aku tetiba dapat idea tuk buat n3 tentang my hometown, Miri bandaraya Minyak. Tempat aku dibesarkan dididik dan tempat aku melalui hari-hari yang kekadang indah cerah, kekadang muram suram. Hari-hari suka duka yang pastinya suatu hari nanti akan menjadi pengajaran yang paling berharga.

Kenapa dipanggil bandaraya minyak? Sebab... kawasan perairan pantai Miri adalah kaya dengan minyak mentah. Salah satu pekerjaan yang terkenal di Miri adalah bekerja di industry oil and gas. Dan syarikat minyak terkenal SHELL dan PETRONAS mempunyai ibu pejabat di Miri.



Ini adalah telaga mengali minyak yang pertama di Miri, terletak di Bukit Kanada dimana dari atas bukit ini juga kita boleh melihat sebahagian dari panorama bandaraya Miri.



Memandangkan Miri adalah bandaraya dipersisiran pantai so sudah semestinya pantai adalah antara daya tarikan utama di Miri. Esplanade Miri dan Tanjung Lobang adalah antara pantai yang sering menjadi tumpuan orang ramai. Bagi aku, suka tengok permandangan ketika matahari terbenam dan sebab itulah juga aku ada banyak koleksi gambar matahari terbenam.



Tetapi aku adalah orang yang tak suka masuk air so aku adalah sangat jarang akan mandi laut. Cuma duduk sambil menikmati permandangan matahari terbenam. Lately, jika hujung minggu, pantai Esplanade adalah sangat sesak dengan orang ramai. Meskipun hanya beberapa minit dari rumah, aku dah jarang pergi.



Miri hanya mempunyai sebuah bowling alley 24 lorong yang terletak di Bintang Plaza Megamall. Dulu setiap malam khamis aku dan kawan-kawan akan lepak dan main kat sini tapi sekarang dah sangat jarang melakukannya. Life dan kerja semakin sibuk dan secara automatically nya kegiatan riadah pun ditinggalkan.

Bersambung............

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)