Monday, July 12, 2010

Housing Loan




Okay hari ni aku nak berkongsi sedikit tentang basic tuk memohom loan rumah (HL) dari bank.

Mula-mula, haruslah cari rumah idaman dulu, if rumah baru kena buat booking dulu dan if rumah 2nd hand haruslah berunding dengan pemiliknya dulu berapa harga dan berapa wang perdahuluan yang perlu di bayar.



Biasanya, bagi rumah baru baik yang dah siap atau belum siap, kena lah buat booking dulu. Masa booking tu biasanya kena bayar RM500-RM3,000. Bagi rumah 2nd hand pula biasanya booking dalam RM2,000 or RM3,000.

Dan juga duit untuk down payment. Sekurang-kurangnya dalam 5-10% dari harga rumah. Loan bagi tiap-tiap bank adalah berbeza margin of advance (MA)nya. Ada yang bagi 90%, ada yang bagi 95% tapi basically nya dalam ranking itu lah yang akan di beri. Tapi sekiranya kita mempunyai down payment yang lebih banyak adalah lebih baik sebab jika MA berkurangan peluang tuk lulus pinjaman pun makin tinggi.

Dalam HL itu, kita juga perlu membeli Mortgage Term Reduce Assurance (MRTA). Insurance ini adalah untuk melindungi kita sendiri. Senario nya jika kita membeli MRTA ni, sekiranya ada sesuatu terjadi kepada kita sekurang-kurangnya ada insurance yang cover dan tidak membebankan orang yang ditinggalkan. Jumlah bayarannya bergantung kepada case to case basic.

Tapi jangan risau, MRTA ni boleh dimasukkan dalam loan sekali. Ada bank yang bagi MA 95% + MRTA tapi tak boleh melebih 100% dari harga rumah tu. Ada bank yang bagi loan MA 90% + 5% untuk MRTA. Terpulang dengan budi bicara bank itu ya, tapi apa-apa pun semuanya boleh dibawa berbincang. Yang penting jangan takut untuk bertanya jika tidak faham procedure-procedure tuk membuat pinjaman rumah.

Dan jangan lupa, duit untuk lawyer fees, dalam RM2,000-RM5,000. Yang ini bergantung kepada harga rumah, semakin mahal rumah tu semakin banyak fees nya. Sebenarnya bukan cost perkhidmatan lawyer yang mahal tetapi stamp duty revenue yang perlu dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kenapa perlu bayar? Sebab tuk membuatkan semua urusan penukaran nama, hak milik rumah tu SAH. Tanpa chop dari LHDN, semua documents perjanjian tu tidak sah.

Documents asas yang perlu dalam process apply loan rumah ialah:-

1. Kad pengenalan

2. Slip terkini 3 bulan gaji

3. Surat pengesahan perkhidmatan dari majikan.

4. Buku simpanan, if takda simpanan takpa tapi bagi lah buku dimana gaji masuk tiap-tiap bulan.

5. Statement KWSP.

- Kenapa perlu? Sebab kan bagi pembeli pertama kali, kita boleh ambil duit dari account 2 KWSP tu tuk buat down payment rumah. Biasanya KWSP akan izinkan kita keluar sebanyak 10% + 10% dari account 2.

What i mean 10% is 10% dari harga rumah yang dibeli itu. 10% tuk downpayment dan 10% tuk pembelian perabot dan apa-apa yang perlu tuk rumah baru. Contohnya:- Jika rumah yang dibeli harganya RM100K, so kita boleh ambik RM10,000 (10%) plus another RM10,000 (10%) so kesemuanya RM20K. That was maximum yang boleh diambik tetapi jika kebetulan account 2 kita hanya lah RM15K, so kita boleh ambik kesemuanya sekali.


6. Booking form atau salinan geran tanah.

Itu adalah antara basic documents yang diperlukan tuk memohon pinjaman perumahan dari bank.

Nanti aku akan terangkan lagi pula dari pihak bank, macam mana sesuatu pinjaman itu diproses.

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)