Monday, July 5, 2010



Last Sunday cakap-cakap dengan SIL tentang pengalaman beli CD yang murah di Jakarta memang menyeronokkan tapi aku hanya beli satu saja CD, "Winter Sonata". Then SIL cakap, pelakon lelaki cerita tu bunuh diri. Aku macam, Hah!!!!! Jung Hsang bunuh diri!!!???? ohhh tidak!!!!!! Tapi SIL kata rasa-rasanya bukan hero dia lah tapi yang berlakon jadi tunang Hyun Jin. Kusss semangat!!!!! Selamat pelakon handsome favourite aku. Tapi lagi SIL tak pasti. Errrrr......

Then masa kat bercakap dengan abang long about bola kat phone, dia pun turut mention tentang pelakon yang bunuh diri tu. Diorang kan tau cerita tu my favourite series. Hah!!! Sekali lagi aku cam, hah!!!! Siapakah yang membunuh diri itu??? Gigih, karang malam nanti mesti cari info kat internet. Tak boleh jadi ni, aku asyik tertanya-tanya je.



So malam aku cari info, despite line internet yang slow tahap cipan berjaya gak jumpa meskipun terpaksa berkali-kali on off kan broadband tu. Dan ni dia yang membunuh diri tu, pelakon pembantu dia, Park Yong Ha. Menurut sumber dia mengantung diri dengan tali camcorder . Ini adalah kerana dia tidak dapat membendung stress, yang mana ayahnya menghidap cancer, career nya yang harus di pertahankan dan dirinya sebagai CEO his own business yang terpaksa di uruskan. Namun begitu itu adalah andaian orang sekeliling, hakikatnya hanya dia sendiri yang tahu apa penyebabnya.

Itulah bagi kita yang hidup di dunia ini sebolehnya, haruslah tabah sabar menghadapi pelbagai dugaan kehidupan. Membunuh diri bukanlah jalan penyelesaian malah ianya akan menyusahkan dan menyeksa orang-orang yang menyayangi kita. Kita hanya hidup sekali tetapi jika dipergunakan dengan sebaiknya, sekali itu lebih dari mencukupi.

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)