Hormone tak stabil, ada kala nak marah sesaja. Kat office suasana pagi yang tenang sangat terganggu dengan suara colleagues yang bercakap dalam pitch yang tinggi tak henti-henti seperti bermain pingpong. Masalahnya yang ini takda sapa yang mendengar, dua-dua berebut nak bercakap. Huh!!! Tak faham aku! Camna lah diorang ni boleh hidup camni??? Selalu berlumba-lumba nak bercakap, macam lah sapa yang paling banyak bercakap akan mendapat hadiah.
Dahtu bila bercakap nak seluruh floor dengar, even bercakap kat telephone. Cakap kat phone nyaring pastu bila dah letak tipon mengulangi penerangan yang sama dengan loud and clear kat clerk dia. Sangat menjengkelkan!! Memang lah tu tentang kerja, semakin complicated kerja dia buat semakin nyaring pula suaranya bagi penerangan. Macam lah makin susah kes tu makin pekak kot clerk-clerk dia. Kami yang kat hujung sebelah sini sering bengang dengan sikap orang-orang sebelah hujung sana. Susah nak concentrate buat kerja, dahlah kerja kami memang memerlukan concentration penuh, yalah nak buat recommenation tuk kes-kes tu bukan boleh sebarang goreng pun. Mesti ringkas, effective dan padat.
Ada lah last week tu kita blackout so fefaham lah bila blackout tu tentulah agak senyap kerana mesin-mesin, aircond atau apa-apa peralatan yang menggunakan electric tak dapat berfungsi. Memang ada lah kita semua bercerita tapi sebelah sana tu perrgghh!!!! suara diorang bercerita memang very very outstanding lah. Takda pandang kiri kanan. Non stop, pot pet pot pet!!! Aku yang ngah cool down agar tak berpeluh naik tension dengar.
Rasa nak saja aku teriak suruh senyap tapi tak boleh gak begitu kan. Tarik nafas panjang-panjang berkali-kali, bila dah tak tahan aku hanya mampu buat sssssssshhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Automatically diorang slowkan suara. Ikutkan hati nak saja aku maki, "tau pun low kan pitch suara tu!" tapi tak terucap. Malas nak buat hal. If ikutkan amarah memang nak saja aku maki hamun tapi malas gak nak cari gaduh sesama colleagues.
Diorang ni memang category bising tahap cipan plus losso. Manager pun sering tension dengan kebisingan mereka. Pernah kena warning. Bila manager ada, reti gak diorang slowkan volume suara tapi bila manager keluar, nak pecah gegendang dengar. Duduk kat floor aku haruslah kebal dengan bunyi-bunyi menyalak yang sesekali melanda ni. Kekadang boleh keluar tuli telinga dibuatnya. Mungkin perlu cari penebat telinga.
zzzyy
No comments:
Post a Comment
tq, peace :)