Aduhaii... makin hari makin malas
nak update blog.
nak kata letih sebab kerja banyak di office
tak juga sebab lately boleh kerja
lengang-lengang kangkung saja
nak kata banyak kerja kena buat di rumah
pun tak juga
tapi kenapa aku makin malas yaa???
Aha!!! salahkan cuaca!!!
sebab selalu hujan
selalu sejuk which i like
dan disebabkan cuaca yang lembab
otak aku pun turut lembab
so bila otak dah lembab
idea tuk update blog pun takda!!!!
yeaaa............. alasan yang sangat munasabah
Tapi bila main games kat FB
laju je tangan cuma ada masalah lagi
internet 2 3 minggu ni buat hal
(eh.. line kat rumah aku memang
buat hal manjang pun)
asal malam je putus-putus
asal malam je susah nak connect
aktiviti terkini aku....
takda yang happening sangat
selain dari project
makan dan makan dan makan
semalam roh memasak SIL datang
dia masak di rumah
aku tukang makan saja
roh memasak aku tengah makan angin
tah kemana
yang pasti aku dalam mode malas memasak
ni tadi tengahari makan kat pizza hut
terus tapau sekali tuk dinner
masuk je dalam oven terus dimakan nanti
senang saja kan :)
sebenar banyak juga idea yang nak aku share
bersama kat blog ni tapi tengok lah nanti
if ada idea aku akan post kan ya
if takda, jadi lah idea tinggal idea
tak dapat nak di realisasikan
k lah nak layan cerita Benci bilang cinta
papaaiiiii.......
zzzyy
No comments:
Post a Comment
tq, peace :)