Hari tu aku bercakap tentang bagaimana nak membuat pinjaman perumahan dari bank kan. So ini adalah sambungan dari n3 tu. Bagi yang baru baca blog ni sila semak n3 tersebut under 'General knowledge'
Bagi pihak bank, pertama sekali bila terima application tuk housing loan (HL), ianya akan pastikan semua documents yang diperlukan ada seperti IC, slip gaji, booking form atau Sale & Purchase Agreement (SPA), surat majikan dan lain-lain ada.
Bila dah dapat applicant particular, they will proceed with searches. Standard seaches tuk HL application paling kurang pun 2. Ada yang 3, 4, 5 atau lebih. Terpulang kepada sesebuah bank. Tapi searches yang terpenting adalah CCRIS.
CCRIS ialah system yang menyimpan semua data credity facility setiap individual ataupun company di Malaysia ini. Rumusannya, if kita ada loan kat memana bank, semuanya tertera di CCRIS report tapi jangan risau semua adalah P & C. Ianya tidak boleh di print sebarangan ataupun oleh orang-orang yang tidak di authorised.
CCRIS digunakan tuk menilai ability seseorang tu tuk service the loan. So bagi yang diluar sana, bagi mendapatkan sesuatu loan di institusi kewangan perlu lah memastikan loan-loan yang sedia ada dibayar dengan sepatutnya. Kerana jika didapati banyak installment yang tertunggak, peluang tuk mendapatkan loan itu adalah tipis. Dan bagi yang belum membeli rumah, sekarang seolah trend dan satu kemestian bagi yang telah berkeluarga tuk mendapatkan sebuah rumah.
Umur turut salah satu faktor yang dipertimbangkan. Semakin berusia seseorang tu, makin pendek jangka pinjaman, yang mana bermakna makin banyak lah bayaran bulanan yang perlu dilunaskan. Adalah digalakan, beli lah rumah di usia yang muda, disamping monthly installment yang rendah (sudah tentu nya dengan jangka pinjaman yang lebih panjang). If masih tinggal dengan keluarga, jadikanlah rumah itu sebagai pelaburan kerana rumah semakin lama semakin meningkat value nya.
Networth = Aset - hutang. Bermakna berapa aset yang kita ada setelah ditolak segala hutang piutang mempengaruhi kelulusan sesebuah loan itu juga. Ianya membantu pihak bank menilai kemampuan seseorang itu tuk membayar hutang disamping sejarah credit dia yang bertahun tahun. Dan lagi, if seseorang itu takda loan kat memana bank sebelum ini tidak bermakna peluang dia dapat loan adalah cerah pula sebaliknya kemungkinan tidak diluluskan. Sebab bank tak dapat menilai dan tengok kemampuan dia, tapi ini adalah depend on case to case basic.
If rumah yang dibeli berpatutan dengan gaji, pendapatan, senang nak lulus tapi if sebaliknya memang sangkut bak tayar takda angin lah ceritanya.
Secara keseluruhannya untuk mendapatkan HL tidak lah rumit namun tidak juga senang. Secara basicnya, aku nasihatkan bagi yang nak beli rumah, jaga lah credit facilities kalian yang telah sekian ada. Pastikan tak tertunggak ataupun lebih dahsyat, jangan ada kes saman.
Soo... selamat membeli rumah :)
zzzyy
No comments:
Post a Comment
tq, peace :)