Thursday, August 5, 2010

Hmmm.......... tengahari tadi Ani pergi lah menghantar SIL dia yang baru bersalin ke General Hospital (GH). Biasalah if dah pergi GH memang sudah semestinya lama so while waiting SIL dia selesaikan segala, kami berdua pergi lah lunch. Baru je nak naik ke parking parkson, abang tipon bagitau SIL dah selesai. Ani cam aikk!! baru sekejap tadi SIL cakap masih lama, pehal lak dia bagitau kat laki dia dah siap pula. For a while, Ani membebel. Bertabiat orang-orang ni kot.

Lepas hantar aku balik office baru dia pergi hospital balik. Huh!!! ada masalah lagi. Nama abang kat kad baby salah spelling ditulis orang hospital, terpaksa tunggu kul 2pm pula, orang adminstration buka 2pm onward.

Bila dah buka, diorang kata perlu pergi klinik ibu dan anak which was kat town nun. Sampai pula kat klinik tu diorang kata tak payah tukar sebab nanti follow up on the 9th adalah kat GH sendiri. Diorang tak buka ahad. Ani cam dah nak naik gila marah! Pass sana sini lepas tu benda yang ditukar tu tak perlu ditukar pula. Nasib ada kereta, bayangkan if orang yang takda transport, kan menyusahkan pergi sana sini guna bas @ teksi.

Hairan betul lah dengan government kita ni. Suka buat office yang menguruskan hal elhwal rakyat ditempat yang terpencil, susah nak pergi dan berjauhan satu sama lain. Tengok dalam kes SIL Ani ni, kenapa lah tak buat klinik ibu dan anak dan GH tu berdekatan satu sama lain. Ingat orang dah beranak tu senang ke nak terkangkang-kangkang berjalan ke sana ke sini?? Silap-silap boleh meroyan berjalan!!! Dengar berita klinik ibu dan anak tu nak pindah dari town area ni ke tempat yang lebih jauh.

Jabatan Pengangkutan Jalanraya contohnya, memang lah terletak dekat dengan main road tapi ada masalah besar yang tah diorang sedar atau tidak, secara umumnya amat menyusahkan orang ramai. Kan setiap kali renew lesen mesti memerlukan photostate ic which kena buat sendiri. Apa salahnya diorang sediakan mesin tu dan photostate ic tu sebab tu one of their requirement. Bayangkan lah orang yang takda transport atau naik teksi atau bas pergi sana terpaksa turun ke morsjaya commercial semata-mata tuk photostate. Memang lah agak berdekatan tapi if guna kereta okay lah if berjalan kaki dalam panas terik, sah-sah boleh berdarah tumit kaki.



Okay, kalau lah diorang taknak rugi, kenakanlah bayaran tuk semua photostate tu. Rasanya if sekadar RM1 (meskipun agak mahal) pasti orang mahu juga dari diorang bayar tambang yang pasti lebih dari tu tuk pergi morsjaya. Renew lesen tu bukannya perkara yang hari-hari kita buat so mana lah nak tahu apa document yang diperlukan kan. Terutama sungguh kesian tengok yang datang dari kampung. Dahlah guna kereta orang bertambang pastu bertambang lagi semata-mata tuk photostate. Macam tak logic lah department besar camtu tak sediakan photostate mesin. Apa dia ingat semua yang ada lesen tu mampu memiliki kenderaan???

Satu lagi, hari tu aku buat passport. Hari hujan lebat. Walaupun guna payung masih gak ada sisa-sisa badan yang basah. So aku ambik lah no tunggu giliran tuk dilayan. Form memang dah sedia tertulis, agak basah sikit tepinya tapi masih ok lah masih boleh guna. Aku cadang if takleh guna terpaksa gak tulis baru pun takpa lah. Dah tak boleh dielakkan dari basah.

Pergi kaunter yang process, semua berjalan lancar. Gambar lekat, cap tangan dah semua then tunggu giliran bayar. Masa bayar tu, agak kasar orang kat kaunter tu cakap, lenkali jangan guna form camni, basah tepi. Aik, tapi kenapa pula kaunter yang satu lagi tu process if form tak boleh guna??? Dia kata aaahh lenkali. Perrgghh!!!! hampir nak terkeluar sumpah seranah. Kau ingat aku buat passport ni hari-hari???? Nasib yang ni dua tahun tapi if lima tahun??? By the time lain lah pula system diorang. Kan system kerajaan ni selalu bertukar-tukar. Geram!!! Berurusan dengan jabatan kerajaan memang selalu melecehkan. Tah dimana kesalahan ibu mengandungnya???



Ni satu lagi, celcom broadband ni. Sejak sebulan dua ni
memang problem connection manjang!

Asal kul 7pm onward confirmed putus-putus tak boleh nak surf, kekadang sampai awal pagi baru ok. Dahtu tengok kat TV bukan main lagi iklan terbaik di Malaysia lah, boleh buat business dimana-mana lah. Baik apanya!!!! Aku selalu perhati, if banyak iklan celcom kat TV tu confirmed, line dia teruk tahap maksima. Bila call service centre, cakap tengah upgrading itu lah upgrading ini lah. 370 hari setahun upgrading!!!! Tapi tak juga canggih-canggih. Malah makin teruk!!!

Lately, balik kerja pergi kerja semakin ramai pemandu yang tak tahu undang-undang jalan raya. Jalan 2 ways. Satu tuk laju satu tuk slow. Dahtu kenapa lah ramai yang memandu 50km guna jalan khas tuk laju??? Menghalang orang nak lalu, nak memotong, sebelah kiri ada kereta pula. Kan ada bukit, agak tinggi. Sering ada gak motosikal yang nak mendahului kat jalan sebelah laju. Dah lah slow, naik bukit, boleh jammed tau!!! Jammed kerana seorang pemandu yang bongok didepan sekali. Kenapa nak guna jalan tu juga?? Kenapa!!!?? Kenapa monyet!!!!???

Aku akui aku memang memandu agak laju if sendirian tapi kena gak tengok belakang. If tengok ada kereta yang lebih laju, cepat-cepat tukar lorong, takut menghalang. Yalah, harus bertimbang rasa. Jalan tu 2 lorong. If tak selaju 100km jangan guna lorong laju sebab mostly orang guna tu memandu dalam had 100km tu. Memanglah lorong tu sering takda kereta sebab kereta yang melaluinya laju-laju. Aku tahu ramai yang slow guna lorong laju tu sebab selesa tak payah nak berjaga-jaga dari melanggar orang depan. Memang lah tapi tahukah engkau monyet, lorong tu tuk orang melintas-lintas saja, bukan tuk memandu sambil angan-angan pandang kiri kanan??? Eeeehhhh geram sesangat!!!!!

hmm... n3 lepas geram :)

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)